Soal jawab tentang Anak Gadis Belum Berkhatan..apa hukumnya disisi islam??
SAYA seorang ibu kepada anak perempuan yang berumur tiga tahun. Masalah yang dihadapi sekarang ialah anak saya itu masih belum dikhatankan kerana dia mengalami ekzema yang teruk membabitkan seluruh badan dan juga kemaluannya semasa bayi.
Hingga kini ekzema itu masih belum sembuh. Ekzema itu menyakitkan apabila terkena air di tubuhnya dan merumitkan apabila menyuci najisnya.
Apa hukumnya jika saya lambat khatan anak saya itu? Saya ada tanya beberapa klinik, tapi memberi jawapan mereka hanya khatan bayi bawah umur dua tahun saja.
ANA,
Kuala Lumpur