Sering kali digandingkan bersama sebagai pasangan kekasih, pelakon Yana Samsudin akui dia seperti dapat merasakan cinta Shaheizy Sam ketika penggambaran filem Aku Ada Kau Ada (AAKA) yang berlangsung di Korea, tahun lalu.
Malah, suasana yang nyaman ketika musim bunga di Korea telah membuahkan lagi rasa ingin bercinta Yana Samsuddin yang berada di sana selama 20 hari.
"Terus-terang suasana musim bunga yang indah di Korea ketika itu secara tidak langsung telah membuahkan rasa ingin bercinta.
"Malah, ketika melakonkan adengan cinta bersama Shaheizy Sam, saya benar-benar rasakan cintanya.
"Tambahan pula saya akui saya dan Shaheizy Sam memang adachemistry apabila setiap kali bergandingan bersama dalam filem-filem sebelum ini," katanya selepas tayangan prebiu filem AAKA yang berlansung di e@Curve