
Bukan warga emas itu, Lee Wai Chee, 60, seorang sahaja namun kakaknya, Lee Wai Mei, 63, juga dituduh melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa.
Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka secara bersama-sama cuba membunuh Yeoh Kar Tin, 42, di blok S, Jalan Jenahak, Taman Tun Hassan, Bukit Mertajam.
Kedua-dua beradik itu didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira jam 4 petang, 8 Mei lalu.
Difahamkan, kejadian tersebut disedari jiran terdekat yang kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat. Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedar diri.