dalam keadaan mencurigakan.Polis kemudiannya menahan kenderaan terlibat untuk pemeriksaan, tetapi suspek bertindak agresif dengan memecut kereta mereka dan cuba melarikan diri. Bagaimanapun polis dengan bantuan PPKM berjaya memintas kenderaan suspek dan menahan kenderaan digunakan di Jalan Bunga Raya.
Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Padang Serai sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kulim untuk siasatan lanjut.
Kedua dua suspek kemudiannya menjalani ujian saringan air kencing dan mendapati mereka positif ganja.
Pemeriksaan badan dijalankan terhadap salah seorang suspek, polis berjaya menemui dua peket plastik lut sinar seberat 119 gram dipercayai dadah yang disorokkan di dalam seluar dalam suspek.