Nombor pendaftaran WWW 1 mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima bagi nombor siri tersebut bernilai RM520,000, mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang telah dijual dengan harga RM300,100.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata siri WWW juga telah mencipta rekod tersendiri, iaitu sejumlah 13 bidaan yang telah berjaya, adalah bernilai melebihi RM100,000 dan tiga daripadanya bernilai melebihi RM300,000.
Katanya (gambar) bilangan pembida yang terbanyak adalah untuk nombor WWW 333 iaitu seramai 84 orang.