SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Santai : Kenapa Gaji Doktor lebih mahal daripada gaji Mekanik?

Santai : Kenapa Gaji Doktor lebih mahal daripada gaji Mekanik?

Pada suatu hari, seorang doktor pakar bedah jantung yang terkenal membawa keretanya ke bengkel kereta untuk dibaiki.
Mekanik membuka injin kereta, mengeluarkan beberapa alat yang perlu diganti dan memperbaiki apa yang perlu dibaiki.

Sambil menjalankan kerjanya, mekanik mencondongkan badannya ke arah doktor yang sedang memerhatikannya seraya berkata, “tuan doktor, boleh saya tanya satu soalan?”

Dengan perasaan agak ragu-ragu, doktor menjawab, “silakan, tanyalah!”

Mekanik berkata, “tuan melakukan pembedahan ke atas jantung manusia, manakala saya melakukan pembedahan ke atas jantung kereta, memperbaiki dan membetulkan yang rosak, samalah dengan apa yang tuan lakukan. Tapi kenapa tuan dapat upah yg banyak sedangkan saya dapat upah jauh lebih sedikit daripada upah yang tuan dapat?”

Pakar bedah menghampiri mekanik lalu dengan tenang membisikkan ke telinganya, “kalau kamu benar-benar hebat, cuba baiki kereta itu tanpa mematikan injinnya!” 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir