
Pasangan popular Bollywood Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan akhirnya memperkenalkan anak sulung mereka, Aaradhya Bachchan selepas lebih daripada setahun setengah ‘menyembunyikan’ puteri sulung mereka itu daripada khalayak umum.
Gambar anak sulung mereka itu dirakamkan sewaktu mereka berada di Lapangan Terbang Mumbai, India, Sabtu lalu.