SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Filem Aku Ada Kau Ada???-Filem K-Pop Melayu Pertama

Hiburan : Gambar | Filem Aku Ada Kau Ada???-Filem K-Pop Melayu Pertama


Aku Ada, Kau Ada??? bakal mencatat rekod tersendiri sebagai filem Melayu pertama yang boleh dikategorikan sebagai berkonsepkan K-Pop Melayu pertama apabila lebih 90 peratus penggambarannya dijalankan di Korea pada April tahun lalu.
Aku Ada, Kau Ada??? Filem K-Pop Melayu Pertama

Menurut pengarah Aku Ada, Kau Ada???, Rahila Ali, filem terbitan syarikat produksi Pencil Pictures Sdn. Bhd. itu turut menggunakan ramai tenaga kerja perfileman dari negara winter sonata tersebut seperti krew penggambaran, model, penari serta pelakon Korea dalam filem tersebut.
“90 peratus penggambaran filem ini diadakan di banyak tempat pelancongan menarik di Korea dan 10 peratus lagi di Malaysia. Filem ini menjalani penggambarannya selama 20 hari di sana sekitar April lalu di mana ia mendapat kerjasama daripada KTO (Organisasi Pelancongan Korea).
“Filem ini mungkin boleh dikategorikan sebagai sebuah filem K-Pop Melayu kerana daripada segi jalan cerita dan genre romantik komedi yang ditampilkan ia mengikut trend drama-drama atau filem-filem dari Korea yang kini menjadi kegilaan peminat di seluruh dunia,” ujarnya.
Aku Ada, Kau Ada??? yang merupakan filem pertama arahan Rahila Ali itu menampilkan ramai pelakon popular seperti Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Kamal Adli,Wana Ali dan Sheila Mambo edaran MIG Production akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 24 Mei ini.
Ia antara lain mengisahkan tentang watak Nordin Ahmad lakonan (Shaheizy Sam) yang sering menjadi perhatian ramai pelajar perempuan di kolejnya sehingga menimbulkan rasa cemburu di hati Aziz (lakonan Kamal Adli) apatah lagi mereka bersaing bagi memikat hati Tina (Yana Samsudin). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir