SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Showing posts with label kes rumahtangga rita rudaini dan aidil zafuan. Show all posts
Showing posts with label kes rumahtangga rita rudaini dan aidil zafuan. Show all posts

Hiburan : Gambar | Rita Diugut Suami Melalui SMS Selepas Muncul Di Melodi


Pelakon Rita Rudaini Mokhtar telah menerima mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berbau ugutan daripada suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak selepas wanita itu membuat kenyataan mengenai rumah tangga mereka dalam Melodi di TV3 pada Ahad.
Rita, 36, dalam mesejnya kepada wartawan mStar Online memberitahu, dia menerima SMS daripada Aidil, 25, yang antara lain berhasrat mahu membalas dendam dengan memalukan Rita dalam rancangan tersebut.
“Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad).
"Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara,” kata Rita pada Ahad.'

Hiburan : Gambar | Hakim Tegur Aidil Tak Pentingkan Rumahtangga

Sikap Aidil Zafuan Abdul Radzak yang sentiasa gagal menghadirkan diri ke mahkamah bagi sebutan kes permohonan tuntutan nusyuz terhadap isterinya, Rita Rudaini telah mendapat teguran daripada hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

Hiburan : Gambar | Rita Rudaini Biar Mahkamah Selesaikan Masalah Rumahtangganya


Kemelut yang melanda rumah tangga selebriti, Rita Rudaini nampaknya semakin menemui jalan buntu apabila Rita dalam kenyataan terbarunya kepada mStar Online menegaskan bahawa dia tidak berhasrat untuk menyelesaikan masalah rumah tangga bersama suaminya walaupun selepas dinasihati oleh mahkamah.

Hiburan :Gambar | Aidil Zafuan tidak jadi cerai Rita Rudaini dan kembali berdamai


Bintang bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak telah menarik semula lafaz cerai terhadap Rita Rudaini.
.
Tuntutan tersebut dibuat atas dasar ingin berbaik semula demi anak-anak dan ingin hidup dengan aman. Selain itu Aidil juga meminta Rita untuk tinggal bersamanya di rumah miliknya yang terletak di USJ 1, Subang. Permohonan tersebut telah dibuat sehari sebelum berlangsungnya kes sebutan kali kedua, bertempat di  Syariah Petaling, Shah Alam, 

Hiburan : Rita Rudaini Mahu Aidil Zafuan Bagi Sebab Kenapa Dia Mesti Diceraikan.

Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Beri Alasan Cerai

“Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu.
“Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung,” katanya yang ditemui selepas perbicaraan tamat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir