Skop Production menyanggah komen mengatakan filem terbitannya, Jalan Kembali Bohsia 2 menghina agama Islam apabila memaparkan watak Keting lakonan Sofi Jikan memaki serta menolak seorang imam sehingga terjatuh di depan sebuah masjid dalam filem itu.
Menurut Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam, adegan watak Keting yang merupakan seorang mat rempit itu langsung tidak mengina Islam ataupun memaparkan adegan yang keterlaluan, sebaliknya ia bertujuan memberi keinsafan kepada para penonton filem ini.
“Bagi saya, memang wujud mat rempit yang berperangai keterlaluan seperti yang pernah dilalui dan diceritakan oleh kawan saya. Tetapi saya tidak paparkannya secara keterlaluan. Contohnya, dalam adegan filem ini watak Keting hanya sekadar meninggikan suara dan mencabar watak imam itu.