SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Berita : Gambar | Kren Bergerak Sendiri Rempuh Rumah

Berita : Gambar | Kren Bergerak Sendiri Rempuh Rumah

Penduduk Taman Seremban, di sini dikejutkan dengan insiden sebuah kren bergerak sendiri tanpa pemandu sehingga merempuh kereta dan rumah penduduk, petang kelmarin.Kren rempuh rumah orang
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kren yang diletakkan di kawasan atas bukit kawasan perumahan terbabit bergerak secara menggelongsor, lalu merempuh sebuah kereta jenis Proton Saga sebelum terbabas ke salah sebuah rumah penduduk.

Difahamkan, kren yang diletakkan kira-kira 100 meter dari rumah penduduk itu baru sahaja melakukan pemeriksaan di Puspakom.

Pemilik kren, Chew Chee Ming, 40-an, berkata, pekerjanya meletakkan kenderaan berat itu di kawasan perumahan berkenaan kira-kira 4 petang selepas selesai melakukan pemeriksaan dan servis di Puspakom, dekat sini.

“Pekerja saya sudah memastikan brek tangan ditarik dan aspek keselamatan lain sebelum meninggalkan kren.

“Namun, sejam lebih kemudian, saya mendapat panggilan daripada orang awam yang memberitahu kren saya terbabas dan merempuh rumah,” katanya  di tempat kejadian.

Menurut Chee Ming, dia hairan kerana kren tersebut boleh bergerak meskipun brek tangan sudah ditarik.

“Saya masih tidak tahu bagaimana ia boleh bergerak dan merempuh kereta dan rumah penduduk.

“Sudah menjadi kebiasaan kawasan lapang ini akan menjadi parkir kren," katanya.

Sementara itu, seorang pemilik rumah yang menjadi mangsa, Nurila Ahmad, 40, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

“Saya menerima panggi­-lan daripada jiran yang memberitahu rumah saya dirempuh sebuah kren.

“Sebaik tiba, saya melihat kren berada di bahagian depan rumah saya dan tembok rumah turut runtuh,” katanya.

Nurila berkata, ketika kejadian, dia sekeluarga tiada di rumah kerana suami dan dua anaknya sedang bekerja dan belajar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir