SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

TIPS | CARA MENAMPAL LENCANA YANG RAMAI IBU BAPA TIDAK TAHU

Kaedah ini pasti menjimatkan masa anda dan ia tidak memerlukan kemahiran tinggi untuk menjayakannya. Malah, kaedah ini akan mengimbau kembali zaman kita sekolah sebelum tahun 2000. Tip ini telah dikongsikan olehPuan Akmar Laily Omar di Facebook dan beliau izikan kami paparkan semula di Vocket buat manfaat semua.

Bahan-bahan:
  • Gam UHU
  • Kain basah saiz kecil (sapu tangan)
  • Kadbod saiz kecil atau kertas tebal
  • Seterika
Langkah-langkah:
1. Letakkan kadbod dalam poket baju untuk elakkan kain bahagian atas poket melekat dengan kain di bawahnya.
2. Atur kedudukan lencana seperti mana yang dikehendaki oleh pihak sekolah.
3. Apabila sudah puas hati dengan kedudukannya, picit gam UHU dan letakkannya di belakang lencana.
4. Tampal lencana di kedudukan yang telah dianggarkan tadi. Pada saat ini anda masih boleh mengubah kedudukannya.
5. Ambil kain basah saiz kecil dan bentangkan di atas bahagian kawasan lencana.
6. Seterika kain basah tersebut sehingga rata dan meliputi kawasan lencana.
7. Angkat kain basah yang mungkin sudah kurang kelembapannya kerana diseterika.
8. Siap! Lencana sudah cantik ditampal di atas poket baju.
Anda akan lihat lencana itu tertampal rapi, sungguh cantik dan kemas gitu.
Kepuasan? 10/10
Masa per lencana? Kurang dari 3 minit
Jika kita menjahit lencana di poket baju, ia mengambil masa 10 minit bagi setiap lencana. Malah, jangkaan masa itu tidak termasuk insiden terjahit poket, benang bersimpul dan masa nak cucuk benang masuk ke dalam lubang jarum.
Selepas 10 Bulan:
Gambar di atas adalah gambar yang ada lencana nama Danial yang telah dijadikan contoh sebelum ini. Hujung lencana nama sudah terkeluar dari tampalan SELEPAS 10 bulan nama itu di gam.
Baju yang dibasuh mesin setiap kali, lihat betapa lasaknya gam yang kita pakai ini.
Jadi, apa yang saya lakukan untuk melekatkannya balik ialah:
1. Sediakan tuala lembap (bukan wet tissue ya)
2. Ambil gam UHU dan lekatkan pada bahagian yang terkulai itu.
3. Ambil tuala lembap tadi dan letakkan ia di atas kawasan poket lencana.
4. Gosok di atas tuala itu dengan seterika panas.
5. Angkat tuala itu setelah dipastikan lencana nama itu sudah melekat.
6. Siap!
P/S: Anda akan encounter asap berkepul-kepul sikit bila seterika atas tuala lembap itu ya.
Jangan risau, unless terbakar – cepat-cepat la angkat.
Moga bermanfaat untuk semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir