pelakon lelaki kacak, Ady Putra telah mengesahkan sudah pun memfailkan perceraian terhadap isterinya, Aida Yusof, di Mahkamah Syariah pada 11 Mei lalu.
Pasangan yang sering kali tampil bahagia di khalayak ramai itu mengesahkan mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah secara baik memandangkan tiada persefaham lagi dalam rumah tangga yang dibina.
“Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” kata Ady Putra
Sebelum ini, Ady Putra pernah diasak dengan pertanyaan tentang kehidupannya dengan isteri yang masih lagi belum mempunyai anak.