SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

TiPs Jadikan Orang Mahu Membaca Blog anda

assalamualaikum dan salam sejahtera
harap semua hepi selalu
kali ni...C.Z nak kongsi beberapa tips untuk bagi orang yakni FOLLOWER 
singgah ke blog anda

1) jadikan blog anda blog yang mesra pengguna dengan penggunaan shoutbox dan listname yang memudahkan orang lain yang masuk ke blog anda meninggalkan jejak
2) gunakan ayat yang mudah difahami..kalau blogger muda ni kena la belajar tulis penuh tak boleh la nak shortform jer semua perkataan...kang lain yang disampaikan lain pulah difahami
3) pastikan anda membalas kunjungan yang dilakukan oleh blogger lain terhadap laman blog anda
yelah...orang dan sudi datang ke blog kita takkan kita nak sombong..ingat if kita sombong susah jadinya
4) wujudkan entry yang menarik yang akan menarik pembaca ke laman anda dengan cara yang paling terbaik. cari topik-topik yang HOT untuk menarik pembaca ke laman anda
5) kalau korang berani....cubalah sangkal yakni menafikan apa yang dikatakan oleh blogger-blogger otai cam ben ashaari, jejaka terhangat, hanis zalika...konpem orang akan jenguk blog anda dan page view korang akan meningkat
6) kurangkan penggunaan widget yang boleh menjadikan performance blog anda berat ...kalau loading pun ambik masa sampai 10 minit...konpemla tak kan ada orang yang sudi nak jenguk masuk...silap-silap orang akan banned korang coz blog korang yang penuh sangat dengan widget yang melampau-lampau
7) sentiasa join forum atau Chat cam BCR ( Blogger Chat Room ) untuk mempromosikan entry-entry korang....yelah..alang-alang chat...promote la blog sama...tak de salahnya

setakat ini..tu je tips yang mampu C.Z bagi as blogger baru yang masih mencari hala tuju dalam dunia blog




Bila Dekat Gaduh...Bila Jauh,,RINDU...Itulah CINTA

assalam semua
 C.Z  baru balik berjumpa dengan Si Dia
esok Si Dia akan balik kampung untuk praktikal
entah bila lagi C.Z dapat jumpa
betul la apa orang kata 
"bila dekat nak gaduh je...bila dah jauh terasa RINDU pulak"
itulah kenyataannya
apabila dia kata pada C.Z yang entah bila lagi dapat luang masa cam tadi
Hati C.Z sedih....lepas ni...hari-hari minggu C.Z pastinya suram
kerana selalunya hujung minggu kitaorang akan luang masa bersama
g window shopping,tengok wayang, jalan-jalan
tapi lepas nih....C.Z duduk bilik jelah
hitung hari untuk berjumpa dengan si dia
entahla C.Z pun tak tahu
rasa cam C.Z akan kehilangan sesuatu yang berharga yang C.Z sayang cam family C.Z
I Gonna MISS U SAyang...
THANKS FOR EVERYTHING

aDaKaH eSOk aDa bUaTKU....

assalamualaikum semua dan selamat pagi
" aDaKaH eSOk aDa bUaTKU...."
tajuk C.Z pagi-pagi ini
cam mengada-ngada pulak
hehheheehe

macam-macam kerja nak buat hari ini
let C.Z listkan dan anda semua nilaikan banyak tak kerja C.Z perlu siapkan

  1. buat Rancangan Pengajaran Harian
  2. sediakan 1 rancangan slot pengajaran
  3. hantar kasut C.Z yang dah lekang tapaknya
  4. kemas bilik C.Z dah cam tongkang pecah...hahahahaha
  5. basuh baju yang dikumpulkan sejak hari isnin lalu...konpemla banyak
  6. siapkan jurnal dan refleksi
semua kerja di atas perlu disiapkan dalam hari ini jugak
sebelum hari esok menjelma
aduyai..banyak kan
huk3...
harap-harap Dia dapat permudahkan kerja C.Z
Amin.....

Khabar Gembira buat Peminjam PTPTN

Assalam semua..selamat petang...
ada sikit buah tangan buat graduan-graduan yang memegang title  PEMINJAM WANG PTPTN...seperti kita sedia maklum sekarang ni susah nak dapat kejer...kalau kuar U kejer tak konpem lagi dapat...jadi peminjam actually student nak bayar pakai jadi kerajaan Malaysia aka pihak PTPTN dah memberi kelonggaran kepada peminjam dengan tempoh pembayaran semula yang dipinjam,....bayar memang tetap bayar cuma masa yang diambil tu jelah...lagi lama lagi membebankan so kepada sesiapa yang masih lagi tak bayar terutamanya yan sudah kerja bayar la yer...bagi peluang untuk orang lain pinjam pulak...kalau si peminjam tak bayar camne generasi seterusnya nak dapat duit....betul tak???

baca artikel berita kat bawah ni untuk lebih faham dan lepas  baca jangan lupa yer...tinggalkan komen dan pendapat...sekurang-kurangnya saya tahu adakah anda bersetuju dengan tindakan kerajaan ini atau sebaliknya..
PTPTN Lanjut Tempoh Bayaran Balik Sehingga 30 Bulan
TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan tempoh bayaran balik sehingga 30 bulan kepada mereka yang belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

Esok Jumaat, 24 Februari 2011, Sambutan Maulidur Rasul IPG KPI

Assalam semua
rajin pulak nak menulis petang-petang ni
esok sambutan Maulidur Rasul peringkat IPG KPI
dan kanak-kanak prasekolah C.Z pun terlibat sama
so....esok kanak-kanak ni akan pakai baju melayu bagi lelaki
dan kurung bagi perempuan

Semoga Dipermudahkan Segalanya Apabila Esok Menjelma

Assalamualaikum semua
salam keberkatan dan salam kedamaian
semoga semuanya berada dalam limpah rahmat dan kasihNya

esok penting bagi aku
walaupun dah kali ke tiga menjalani PRAKTIKUM
namun sikap GEMENTER dan BERDEBAR_DEBAR
masih lagi bermain dalam tubuhku
Apakah yang hendak ku ajar esoknya????
sudah la tema minggu ini kedengaran agak susah
tema 
"Kebersihan dan Keselamatan Diri"
pada yang belum menceburi bidang ini
bidang perguruan mungkin akan mengatakan
"ala senang je nak ajar budak-budak"
senang ker???
kalau senang kenapa Cikgu yang nak ajar pra sekarang kena ada degree???
anda ada jawapannya??

fokus to the title yer
esok pensyarah nak observe cara mengajar C.Z
aduh...minggu lepas observe minggu ini observe
memang tak boleh bersenang lenang lah
memang agak tertekan jugakla

Kalau Wat Jugak...No Words To Say

selamat pagi semua
entry ni khas wat warga Pulau Pinang
memang hebat la dan memang patut pun
kadang-kadang manusia ni terlalu degil
kena ajar benda yang dia takut
konpem tak buat
dan yang lain pun pasti takkan wat perkara yang sama

Tiket Percuma...Tiket Percuma

TIKET PERCUMA
TIKET PERCUMA
TIKET PERCUMA 

Siapa Mahu Angkat Tangan....
hahahahhahaa
ini bukan tiket percuma pergi Melancong yer
tapi tiket percuma student-student Mesir yang akan pulang ke Mesir
selepas krisis yang berlaku di negara itu
syukur Alhamdulillah kerajaan telah sudi menampung kos
tiket pulang student Malaysia ke Mesir
ini dinyatakan oleh PM kita sendiri

nak tau lebih lanjut....
baca ini

Trend Macam Tu Ke Sekarang?????

assalamualaikum semua
dan selamat pagi
apa khabar semua
masih mengupdate blog....bagus-bagus
yang penting jangan abaikan benda yang lebih penting yer
utamakan yang lebih utama
trend macam tu ker sekarang?????
maunya tak bayar tinggi tapi sekejap je
agak-agak apa yang korang fikirkan yer bila C.Z cakap macam tu????

straight to the point la
tak nak la memeningkan kepala blogger-bloger sekalian
dengan soalan yang entah apa-apa
ni berketan kes kahwin pastu cerai...
berbaloi ker...C.Z rasa benda ni cam dah jadi fenomena
kahwin cerai
kahwin cerai
adakah perkahwinan tersebut dianggap perkara yang main-main???
sesuatu yang bila nak buat

Mintak 7 dapat 20....Berbaloi TaK?

assalamualaikum
dah solat maghrib belum??
kalau belum solat dulu yer...sebelum baca entry nih...
sambil berblog kita boleh menyeru kepada kebaikan @ berdakwah

mintak 7 dapat 20...
pada korang berbaloi tak????
mestila berbaloi kan..yelah 2 kali ganda tuh..
kalau duit konpem macam-macam dah boleh beli dengan RM7
apatah lagi RM 20...
ini bukan cerita berkenaan duit mahupun barang berharga yang nilainya bersamaan dengan Rm 7 mahupun RM 20
sebaliknya berkaitan kes pembunuhan Jutawan Sosilawati
pesalah iaitu 2 orang India
yang terlibat sama dalam pembunuhan Sosilawati
dikenakan penjara selama 20 tahun atas kesalahan yang dilakukan
sebelum ni kena 7 tahun
selpas buat rayuan kena 20 tahun penjara
lama tu....tua dalam penjara la jawabnyer

jom baca full News

SHAH ALAM: “Kes ini amat mengejutkan negara di mana empat orang dibunuh dalam satu kejadian. “Mana-mana orang pun akan bersetuju hukuman penjara lima tahun tidak memadai,” kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohtarudin Baki pada semakan kehakiman yang menyaksikan dua pekerja ladang menerima hukuman penjara 20 tahun akibat melupuskan bukti pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, semalam.
*credit n tq to MyMetro

Mohtarudin membuat keputusan terhadap K Sarawanan, 20, serta U Suresh, 27, dan memerintahkan hukuman terhadap mereka berjalan mulai tarikh mereka ditangkap iaitu pada 9 dan 12 September tahun lalu.

Tak Pasai-Pasai Jew

Assalamualakum semua
salam keberkatan dan kesejahteraan semoga kita semua beroleh keberkataan dariNya
tadi time berborak dengan PPM dan rakan sepraktikum
semasa awal pagi menunggu kanak-kanak prasekolah datang
sekali kawan C.Z tanya 

"tengok tak berita kes peragut?"
"kenapa"- apa yang best?" C.Z tanya
"peragut mati sorang masuk longkang sorang lagi cedera teruk" jawab kawan C.Z
"sepandai-pandai tupai melompat kena tembak jugak "

C.Z tak tau pun tentang kes tuh..hari ini tengok berita kat internet
sekali ada kes tentang tu...baca la apa lagi
haah...betul....kesian kan...nak meragut

 > kredit to my metro
*gambar dalam bulatan: peragut yang terbunuh
manakala seorang lagi cedera parah ( baju belang )

sekali dapat gadis yang betul-betul hardcore ambik kau
kena kejar sampai jalan mati..pastu kena langgar sorang mati
dan sorang lagi cedera parah....
nak tau tak sebab ape sorang tu mati
mati sebab kerandut zakar pecah...pergh menyayat hati jugak dengar
C.Z tengok dalam gambar mamat tu mati dalam longkang
kepala die mengadap longkang...
Tak Pasai-Pasai jew...
ingat if Allah tak redha apa yang kita wat
maka benda yakni pekerjaan itu takkan berlaku dengan baik
apatah lagi pekerjaan itu adalah pekerjaan jahat seperti meragut

masalah juga muda mudi sekarang, kenapa perlu meragut???
masih banyak lagi kerja halal yang boleh dicari
jual air, jual buah, kerja kedai makan
tapi disebabkan sikap malas dan inginkan wang dengan cepat tanpa usaha
itulah jadinya
ingat setiap rezeki perlu diusahakan
bukan datang dengan tiba-tiba 
ingat rezeki tidak jatuh dari langit
sebaliknya perlu usaha dan keringat yang kuat 
"Allah tidak akan mengubah nasih sesuatu kaum melainkan kaum itu yang berusaha mengubahnya"
*kepada peragut-peragut tegar di luar sana, ingatlah hayat kita semakin pendek
pulanglah ke pangkal jalan.

Jom Baca full artikel dari My Metro

AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.
Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.
 * polis sedang mengambil keterangan daripada mangsa
> cayalah perempuan ni memang berani salute lah

Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.



Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.

*keadaan kereta mangsa
* keadaan motor yang dinaiki peragut...hancur teruk

Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek.

Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati.

Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.

“Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun.

“Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah.

Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.

“Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya.

“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan,” katanya.


Mak Dara 1st Giveaway (GA)

Assalamualaikum semua
semoga berada dalam sinar rahmat Nya
tetengah boring dan nak tunggu Maghrib masuk
C.Z nak join G.A yang Mak Dara anjurkan
best....kita reka tajuk drama....
 
Tajuk Drama yang C.Z ingin buat ialah:
" Cinta Najihah"
 
sebab apa C.Z letak tajuk tu...Biarlah Rahsia ( lagu C.t )
 
rules untuk G.A ni..kena tag sekurangnya 3 blogger
so C.Z nak tag:
2)sarah nordin > Sayrah wonderland
 
kalau berminat nak join klik header Mak Dara kat atas yer....

Dah..Kantoi...Nak wat Macam Mane ni..

akhirnya terdedah segalanya...siapa yang suka minum sangat Coca-Cola seeloknya baca sehingga selesai...ini pengetahuan untuk anda dan boleh disampaikan kepada orang lain...

Dibuat oleh ahli farmasi ubat John Pemberton pada tahun 1886, langkah-langkah yang tepat membentuk soft drink terkenal di dunia telah dijaga ketat - sampai sekarang.
American radio menunjukkan masyarakat Thisamericanlife.org mendakwa telah menemui sebuah senarai bahan dan jumlah yang tepat yang digunakan untuk mencampur minuman Coca-Cola sempurna.
Sebuah foto dari editorion 8 Februari 1979 surat khabar harian Amerika, The Atlanta Journal-Constitution, menunjukkan orang yang memegang membuka buku dengan resepi, yang dikatakan merupakan salinan yang sama persis Pemberton's.
Resep dikatakan mengandungi jumlah yang tepat dari semua minyak yang berbeza diperlukan untuk membuat Merchandise 7X, bahan rahsia Coca-Cola.
Walaupun Merchandise 7X membentuk hanya satu peratus daripada formula minuman itu, bahan utama dipercayai untuk memberikan salah satu yang paling popular minuman ringan di dunia rasa yang unik.
Resepi ini dijaga 24 jam sehari di peti besi di Atlanta, Georgia.
Ini adalah 'resepi rahasia tersebut':
  1. Fluid extract of Coca 3 drams USP
  2. Citric acid 3 oz
  3. Caffeine 1oz
  4. Sugar 30 (it is unclear from the markings what quantity is required)
  5. Water 2.5 gal
  6. Lime juice 2 pints 1 qrt
  7. Vanilla 1oz
  8. Caramel 1.5oz or more to colour
  9. 7X flavour (use 2oz of flavour to 5 gals syrup):
  10. Alcohol 8oz
  11. Orange oil 20 drops
  12. Lemon oil 30 drops
  13. Nutmeg oil 10 drops
  14. Coriander 5 drops
  15. Neroli 10 drops
  16. Cinnamon 10 drops 
 maybe betul kot....kadang kita tengok orang suka sangat minum coke kan
ada betul jugak dakwaan nie kan
waallahualam
seeloknya makanan yang tidak tahu halal atau haram statusnya dielakkan 
walaupun setitik titisan arak digunakan
kelak ia memberi kebinasaan pada kita dan tubuh badan




Lewat.....Late...

Assalamualaikum semua
yer...alhamdulillah baru je balik dari prasekolah
tempat C.Z praktikum
hari ni C.Z dan rakan tak mengajar cikgu nya yang mengajar
hehehehhe
relax la skit sambil lepak-lepak
hari ini ramai betul budak semester 1 degree buat observation untuk uji teori
perkembangan Piaget
cam dulu time C.Z buat semasa PBS ( pengalaman berasaskan sekolah ) atau
bahasa Inggerisnya SBE ( school based experience )

20 budak satu sesi
dan dua sesi dengan 2 kelas yang berbeza
makin lemak la budak-budak tu
yang kasihan nya siap kanak-kanak tu berlari sana sini
time tengah wat ujian yang diorang jalankan
ujian die simple je 
tapi banyak step
contoh ujian cam 2 bekas air sama paras
2 bekas tersebut
dimasukkan 1 bahan platisin dan budak tgok
selepas itu, penguji akan buang 1 plastisin dalam 1 bekas
dan mintak kanak-kanak bagi pendapat mana bekas yang lebih banyak air die
if kanak-kanak tu normal
maka jawapan dia air yang ade platisin adalah banyak
padahal sama je kedua-dua nyer
ujian ini digunakan untuk melihat tahap perkembangan kognitif kanak-kanak

apa kena mengena dengan tajuk
straight to the point
entry ni bukan untuk memalukan C.Z sendiri
tapi sebagai peringatan kepada semua
hari ini kelam kabut C.Z dibuatnya
buka je mata. sekali tgok-tengok jam dah tunjuk 7.25
argh,...tension-tension terus pergi mandi
qada solat subuh
dan bersiap
dengan perut yang tak diisi C.Z pergi ke tadika jam 7.50 pagi
lambat-lambat..bisik hati C.Z 
kalau boleh nak je putar jam ke belakang tapi tak boleh
kalau dekat sekolah konpem dah kena panggil dengan PK atau GB
tapi selamatla kat IPG buat praktikum
semalam C.Z tidur lambat kul 2 baru tidur
maunya tidak
basuh baju, kemas bilik
macam-macam la nak dibuatnya
bila mood rajin datang.
akhirnya nah ambik...bangun lewat
so....moral of the story is 
"gunakan masa lapang yang ada dengan sebaik mungkin"

p/s: nak basuh motor rancang dari awal bulan 2..sampai sekrang tak capai-capai lagi...

nantikan....entry terbaru C.Z...ada hasil kerja kanak-kanak pra C.Z....
teruskan membaca blog C.Z
kalau ada apa-apa komen
tuliskan semoga komen yang anda berikan dapat memberi manfaat kepada C.Z 
untuk trus berbloging dan menjadi blogger yang berjaya
jumpa lagi

Blog pun dah jadi cam Facebook > Faceblog

Jom Join
FaceBlog
ala2 Facebook gitu
hehehehe

jom2
sama2 kita memeriahkan dunia blog Malaysia

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA
 
nak Join Klik logo FaceBlog bwh nie

cinta dulu ker???

Assalamualaikum semua...
salam keberkatan semoga anda semua dalam limpah rahmat aksih darinya
cinta dulu ker???

ya...itu persoalannya...bukannya tajuk lagu mahupun tajuk berita
tetapi ianya memerlukan pendapat dan pandangan anda
untuk menjawab persoalan itu...

cinta dulu ker???
mungkin ya mungkin tidak
ada orang kata bercinta dulu sebelum berkahwin
dan ada pula yang mengatakan kahwin dulu pastu bercinta 
bercinta lepas kahwin lebih indah benarkah??
mungkin benar jika kena dengan pasangan yang dicari
yang mengamalkan prinsip-prinsip kehidupan yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar

kadang-kadang cinta itu perlu juga sebelum kahwin
untuk kita mengenali isi hati pasangan
bukannya mengenali benda-benda lain
isi hati lebih penting yakni sikap dan tingkah laku
adakah pasangan kita mementingkan Islam sebagai cara hidup?
atau lebih gemar bersosial tanpa memikirkan soal halal dan haram
tepuk dada tanya lah iman
kerana andai yang ditanya adalah selera
maka selera akan mengatakan masih tidak cukup
kerana fitrah naluri manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang diperolehi 
dan diberi oleh Yang Maha Satu yakni Allah

cinta selepas kahwin pun penting
selepas kahwin la paling seronok bercinta
semasa itu, tiada siapa yang akan menghalang apa yang kita hendak lakukan
bersama pasangan 
kerana ketika itu semua telah sah
telah bergelar suami dan isteri
maka halal la kan????
betul kan

ada kontra jugak if kahwin sebelum bercinta dengan seseorang itu
sekiranya insan yang dipilih yakni suami tersebut sebenarnya panas baran
sudah semestinya akan memberi kesan kepada Si Isteri
salah sikit, isteri akan menerima tamparan atau kata-kata makian dari suami
sedangkan kita hidup bekerluarga untuk saling melengkapi kerana
manusia diciptakan tidak sempurna dan perlu antara satu sama lain

so anda sendiri yang menentukan anda
dan apabila melakukan sesuatu fikirkan lah bahawa ada Allah yang Maha Melihat
dan andai anda tersasar di jalan kehidupan
berundurlah dan kembali ke laluan yang sebenar yang diredhaiNya
*sekian*

Sibuk Memanjang....

Assalamualaikum
Chegu zubir kembali
kembali setelah lama tidak mengupdate blog yang tidak seberapa ini
maklumlah sibuk dengan praktikal di prasekolah
macam-macam aktiviti dan kerja yang perlu disiapkan
so sempena hujung minggu ini
C.Z nak update la blog ni
bukan apa...orang kata buat apa ada blog tapi
xupdate betul x
so sebelum orang kata better C.Z buat dulu
hehehhehee

ok...C.Z nak minta maaf kepada semua follower C.Z 
kerana sibuk dan xdapat update blog
sebenarnya macam-macam ada di kepala ini
nak ditulis tapi disebabkan kesibukan yang melampau
terpaksalah ditangguhkan
ok...cerita pertama berkaitan praktikum la...
dalam minggu lepas hari rabu if tak silap
C.Z dah kena observe dengan guru pembimbing 
slot yang C.Z kendalikan ialah permainan luar
dimana C.Z mengajar kanak-kanak 5-6 tahun bagaimana untuk mereka berjengket
ya..berjengket yang kita main jengket-jengket atau ketinting...
sebenarnya kanak-kanak awal tahun ini
terutama yang 5 tahun memang susah melakukan dengan baik
Set induksi:
memanaskan badan
buat aktiviti : melihat langit, dikejar anjing, berjongging dsb

langkah1:
tunjuk cara  ketinting...tunjuk cara ini dilakukan dengan C.Z menunjukkan kepada murid bagaimana untuk berjengket iaitu dengan dalam keadaan berdiri dan mengangkat sebelah kaki ke paras dada. dan murid melakukannya dengan bimbingan guru

nak tahu apa lagi yang C.Z buat..klik Diari Praktikum
selain observe oleh guru pembimbing, C.Z juga membantu pihak prasekolah
mengendalikan aktiviti Gotong Royong dimana ianya melibatkan ibu bapa murid dan guru
aktiviti telah diadakan pada hari Sabtu jam 8-12...
dimulakan dengan C.Z memberi makluman dan taklimat kepada ibu bapa
sebenarnya C.Z pun tak tahu nak beritahu apa
C.Z cakap apa yang patut je...tentang pembahagian tugas dan bidang tugas yang perlu dilakukan
dalam 10 minit jugak la C.Z cakap
gementar jugak kerana depan orang tak dikenali
yakni ibu bapa murid
C.Z pasti anda semua pun sama if kena cakap depan khalayak cam C.Z..hehehhee
selepas dah C.Z bagi taklimat, kawan praktikum C.Z , Cikgu Nurul bagi taklimat tentang cara nak guna CD ex-tra....untuk bantu kanak-kanak cepat membaca..
kalau sesiapa berminat boleh la tempah dengan C.Z....
pada C.Z harga tak menjadi keutamaan kerana yang penting anak kita dapat menbaca dengan baik
yelah, pada C.Z seorang guru takkan  mampu untuk melihat secara detail/teliti dan memastikan semua murid boleh membaca dengan lancar kerana guru hanya seorang dan murid seramai 25 orang
jika di tahun 1, guru seorang murid 40 orang....betul tak apa yang C.Z katakan....

selepas itu, C.Z dan ibu bapa mengecat dinding pra...disebabkan ibu bapa yang hadir hanyalah seramai 11 orang dicampur dengan guru dan pembantu seramai 15 orang
maka pembahagian tugas dilakukan dengan bapa-bapa mengecat dinding prasekolah
manakala ibu-ibu pula mengecat pagar, buaian dan juga tayar.
untuk pengetahuan ibu bapa yang tidak hadir perlu memberi sumbangan 
bukan untuk mendenda cuma mengkehendaki mereka untuk sama-sama hadir
demi membantu menjadikan pnp anak-anak mereka lebih bermakna
andai mereka tidak terlibat siapa lagi betul tak?
tanggungjawab anak-anak tidak perlu dilepaskan kepada guru semata-mata
ibu bapa juga perlu memainkan peranan kerana ibu bapa mempunyai lebih masa berkualiti
yakni Quality time ketika di rumah
jadi gunakan masa yang bermanfaat ini dengan sebaiknya...
disamping ibu bapa yang hadir bergotong royong mereka juga membawa juadah
untuk dimakan ketika rehat
bermacam-macam juadah yang mereka bawa
ada bawa nasi lemak, karipap, donut, cup cake,dan macam-macam lagi
membuatkan C.Z sendiri pun tak tahu mana satu nak dijamah...hehehheehe

majlis gotong royong tamat pada jam 1230 tengahari
penat jugak la...tapi disebalik kepenatan terselit kegembiraan kerana mempunyai pengalaman baru
dalam diari kehidupan C.Z iaitu bekerjasama dan juga mengendalikan aktiviti gotong royong
sekurang-kurangnya nanti ketika di sekolah C.Z tak la tertanya-tanya bagaimana nak mengendalikannya..
betul tak???

ada macam2 lagi aktiviti C.Z nak ceritakan kepada anda semua....nantikan post terbaru C.Z selepas ini..jaga diri semua...Assalamualaikum

something bad happen

td bila buka blog tetiba trus g page mamat ni...http://www.eioul.blogspot.com/...apa hal pulak...ade sape boleh tolong....pliz....

Valentines> jangan sambut atau raikan andai mengaku Islam!!!!!

Assalamualaikum semua
apa khabar semua..C.Z harap semua berada dalam keadaan sihat
sejak kebelakangan ni...sibuk sikit sampai tak ada masa nak update blog
macam-macam sebenarnya C.Z nak kongsi dengan anda semua
tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan
jadi terpaksalah tangguhkan aktiviti mengupdate blog yang tak seberapa ini

ok...msti semua tahu yang hari ini merupakan valentines Day
hari ini dikatakan banyak pasangan kekasih akan meraikannya
bersama-sama dengan aktiviti tersendiri
sebenarnya sambutan ini merupakan sesuatu yang HARAM
kerana ianya bertentangan dengan ajaran AGAMA ISLAM kita yang SUCI
pada Jumaat lepas...C.Z dengar Khutbah dekat masjid
apa yang dikatakan oleh khatib ( pembaca khutbah )
ialah majlis Fatwa Kebangsaan telah mengatakan bahawa
menyambut atau meraikan serta mempunyai unsur -unsur berkaitan
yakni mempromosikan, mengajak dan sebagainya
adalah DILARANG
 sebenarnya nama Valentines dinamakan sempena nama seorang paderi iaitu Saint Valentines.
nak cerita lebih-lebih C.Z tak pandai la pulak
jadi C.Z letak artikel berkaitan dengan siapa itu Valentines...
baca yer

anda semua tahu tak mengapa Tanggal 14 februari dinyatakan sebagai Hari Kekasih aka Valentines Day.
Asal Usul Valentines Day:
Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut ‘Syuhada’) yang kerana kesalahan dan bersifat ‘dermawan’ maka dia diberi gelaran Saint. Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M). Untuk mengagungkan St. Valentine yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.

Penyanyi jadi Pensyarah , Wakil Rakyat Jadi Penyanyi ( sudah bertukar bidang kah mereka?)

C.Z tengah tunggu azan bergema untuk solat subuh
saja la buka paper nak tengok apa cerita menarik hari ini
sekali 
"Penyanyi jadi tenaga pengajar"
"wakil rakyat jadi penyanyi"

ya..percaya atau tidak
itu kenyataannya.
bagi tajuk pertama penyanyi jadi tenaga pengajar ialah yusry abdul halim
seorang artis terkenal kini memegang title pensyarah sambilan di Uitm
dalam bidang kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi untuk pelajar ijazah sarjana muda animasi tahun akhir semester 6 di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik.

tangungjawab itu hanya dipegangnya secara sambilan
tidak mahu mengikat kontrak kerana takut tidak dapat memberi komitmen dalam tangungjawab
dan mengakui teruja untuk melakukan tugas tersebut
 sumber : klik sini 

tajuk kedua pula wakil rakyat jadi penyanyi
percaya atau tidak wakil rakyat yang dimaksudkan ialah Pensihat PKR 
Dato' Seri Anwar Ibrahim

ye.dia telah menyumbangkan satu lagu dalam album teratak
mengakui agak kekok untuk menyanyi bagi pertama namun setelah diberi nasihat oleh Gwo-Burne 
apa yang dilakukan ini bukan bertujuan untuk suka-suka tetapi sebagai satu sumbangan
kepada dana kebajikan anjuran pejabat Ahli Parlimen Kelana Jaya. 
hiburan pun boleh jadi sumber dana....asalkan kena caranya dan tidak menyusahkan orang lain

p/s :siapa yang nak jadi penyanyi dan pensyarah 
jangan lupa selitkan ilmu didada 
agar dapat jadi lebih baik 

Pentingnya elemen ni...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua
dari semalam blok kolej kediaman C.Z tiada air.
sejak dari tengah hari lagi
susah jugak la...kerana kebanyakan kita menggunakan elemen ini
dalam kehidupan seharian 
untuk mandi, minum dan sebagainya
bila air tak ade macam-macam la jadi


nasibla blok kolej kediaman 1 lagi yang berada tidak jauh dari kolej kediaman C.Z ada air
Alhamdulillah nak kata jauh. takla jauh sangat
cuma kalau nak ke kolej kediaman tersebut
perlu menuruni bukit
sejak zohor semalam lagi air tak ade
chek semua pili tak de air
yang ade 1 je
itu pun di tengah-tengah halaman asrama
susah jugak
takkan la nak mandi di tengah-tengah halaman 
buang tabiat namanya tu
hehehhehe

disebabkan tiada air, so semalam jam 11 C.Z tidur awal
takut nanti pagi ni ramai nak guna bilik air 
dan tadi jam 545 pagi C.Z pergi mandi di kolej kediaman tersebut
sambil berwuduk
seterusnya tahan air mineral water untuk dijadikan bekalan minuman dalam bilik
Air ni pentingkan..kalau xde susah jugak
tercari-cari manusia akannya
so kepada semua...hargailah air
disamping dapat mengelakkan pembaziran dapat kurangkan bil air
ok..lah C.Z nak solat subuh dulu dan bersiap untuk ke prasekolah
hari ini praktikum kedua C.Z 
nantikan selepas zohor nanti update DIARI PRAKTIKUM
Assalamualaikum.

Terbaru Di Blog Bicara Kata Hati

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semu
yer...baru sebentar tadi C.Z selesai hari pertama praktikum
walaupun tak mengajar secara rasmi dengan adanya RPH dan RPS
namun penat jugak la nak melayan karenah anak2 kecil yang pelbagai perangai
ok..straight to the point..berkaitan dengan entry yang C.Z state kat atas tu
y es..sekarang dah ada satu tab baru di blog ni
kalau anda perasan, ada satu tab yang bertajuk Diari Praktikum
nak terus ke tab tersebut
klik je:
 
disitu C.Z akan update perkembangan praktikum
kalau berminat nak tahu dan tengok apa C.Z lakukan sepanjang praktikum
boleh je klik di tab tersebut
insyaAllah setiap hari C.Z akan update kan bersama gambar-gambar
untuk tatapan umum
bukan senang untuk jadi seorang guru prasekolah
kerana guru prasekolah perlu mendidik insan bernama anak kecil
dari tidak mengenal apa itu Abc, 123 sehinggalah mereka berjaya mengenalinya
apa-apa pun boleh klik di tab tersebut.
walaupun aktiviti yang C.Z buat mungkin xseberapa 
cuma C.Z ingin berkongsi akan aktiviti C.z 
oklah...C.Z nak rest jap petang nanti perlu jumpa lecturer untuk bincang tentang praktikum ni
penat2
jaga diri tau..dan selamat beramal
*********

GEGAR 1000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

salam pagi semua...
hai insan yang bernama zubir othman
jam kat dinding tu dah menunjukkan jam 2 pagi lebih
apalah nak jadi...esok kan 1st day nak pergi praktikum
nanti bangun lambat baru padan muka

*inilah akibatnya andai masa cuti mengubah peredaran masa*
malam masa untuk tidur bukannya siang

itu hanya intro je..
ok..kita pergi kepada main point
jom sertai GEGAR 1000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


pergh..gempak la Abang Ben
seorang blogger terkenal tanah air
sekarang nak satukan 1000 blogger..
H.E.B.A.T 
itu yang dapat dinyatakan

"SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??"

siapa yang nak join, 
klik:

hati ini dilukai lagi..

Hati ini dilukai lagi
ini yang ku rasakan
apakah hanya kerna kesalahan masa lampau
menyebabkan aku dipandang hina 
dipandang seperti aku bisa melakukan perbuatan yang sama
ya aku akui melakukan perkara itu
tapi aku manusia alpa dengan keindahan dunia
tapi adakah perlu kau menilai ku sedemikian rupa
apabila aku mula ingin berubah menjadi lebih baik
seperti apa yang kau ingini
aku tahu kau tak pernah menghargai diri ini
aku dianggap tempat kau singgah
disaat kau kesepian,dan susah
dan aku pula terlalu mengharap kasih sayang darimu
walau ku tahu cinta dan kasih yang kau beri 
hanya palsu semata-mata
aku ingin berubah tapi kau sedikitpun
tak pernah memberiku kata-kata semangat
yang kau inginkan semoga semua permintaanmu 
ku turuti
jiwaku meronta dan menangis
dengan kata-kata mu yang terlalu tajam
membuatkan aku tertekan dan sedih yang teramat
ya,aku akui aku seorang yang alpa
alpa dengan nikmat yang diberi
alpa dengan kasih yang ku perolehi
dan alpa dengan cinta yang ku dapat
cuma ku pinta percayalah padaku
aku tidak mahu semua yang ku bina selama ini
hanyalah harapan palsu
aku sedih dan kecewa pabila setiap kenangan kita
tidak pernak kau ingat apatah lagi kenang
dimana kasih sayangmu yang kau beri?
sudah lupakah kau pada janji yang kau beri padaku
ya manusia selalu lupa pada janji
kerana manusia terlalu mencari yang sempurna
ya..aku akui aku tak pernah sempurna di matamu
kau ingin seorang yang lebih baik dari aku
lebih kacak dan lebih berharta
apa ada dengan ku..
ya..aku dengan kau 
ibarat si hodoh dan si cantik
memang tak kan bersama seandainya 
si cantik hanya mahukan si kacak untuk bersamanya 
aku telah bersama bersabar
bersabar dengan karenahmu
setiap tingkah lakumu.
tutur katamu,apatah lagi caramu
semua ku perhatikan.
aku tak pernah mengharap untuk dihina sedemikian rupa
hanya kerna kisah lampauku
cuma ku hanya minta sedikit ruang untuk ku memperbetulkan diri
menjadi lebih baik dimatamu
dan buangkanlah semua kenangan duka kisah lampauku
ku ingin jadi orang baru
dan ku perlukan kamu untuk memberi sokongan 
ku tak minta wang ringgit daripada mu
cuma ku hanya mahukan kasih dan sayang serta cinta yang ikhlas dari hatimu
selama ini aku telah buangkan egoku,kemarahanku
hanya untuk membahagiakanmu
tapi apa yang ku perolehi tak seperti lelaki lain
hanya maki, cacian dan herdikan
ya. aku cemburu melihat insan lain yang bercinta
selama ini ku meminta cinta yang indah
tetapi apa yang ku perolehi hanyalah kisah duka sahaja
Ya Allah ku memohon padamu
kabulkanlah permintaan ku ini
untuk memperoleh cinta yang sudah tertulis buatku
dari insan yang telah kau tetapkan untukku
biarlah dia mencintaiku dengan ikhlas
menerima diri ku baik dan buruk
dan bersedia untuk hidup denganku sehingga ke akhirnya
Amin....

*zubir othman*
1.07 pagi
07/02/2011

Bermulanya Satu Episod Baru Esok

assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua blogger sekalian
"esok bermulanya 1 episod baru menjadi entry C.Z malam ni"
yes...semuanya akan bermula pagi esok
bermula apa??

esok C.Z akan memulakan praktikal
selama 3 bulan
dimana? di Prasekolah IPG Kampus Pendidikan Islam
semua kawan yang lain yang satu batch dengan C.Z semua dapat sekolah rendah
C.Z dan partner je dapat dalam IPG
yes...memang ada kelebihannya dapat di dalam IPG
tapi sekali unit praktikum nak pantau dan semak fail
memang C.Z dan partner la yang kena dulu
kelebihan yang C.Z dapat ialah 
1) perbelanjaan yakni minyak motor sudah dikurangkan
2) tak terlibat dengan mesyuarat yang terdapat di sekolah
3) tak kena la relief kelas..hehehhehe

cuma 1 jelah C.Z tak rasa...iaitu suasana sekolah..tak apa
janji dapat praktikum dengan baik dan dapat markah yang terbaik
" A+ "

insyaAllah C.Z akan sediakan 1 ruang yakni elemen baru di Blog ini
sebagai tatapan kalian apa yang berlaku ketika C.Z berada dan menjadi guru praktikal
di Prasekolah Halimatus Saadiah IPG KPI...

C.Z harap anda blogger semua dapat mendoakan C.Z dapat berpraktikum dengan baik
dikurniakan idea yang terbaik untuk mendidik anak-anak kecil seusia 5 dan 6 tahun
jika ada kelapangan C.Z akan sentiasa mengupdate Blog ini...InsyaAllah

salam sayang



Perempuan Wajib Baca : 3 Perkara Yang Perempuan Patut Tahu Tentang Lelaki

Assalamualaikum...
selamat pagi semua...kepada pembaca blog yang tak seberapa ini
pada pagi yang indah lagi syahdu ini
Chegu Zubir nak share beberapa perkara yang dianggap penting
terutama bagi Si Dara

kadang-kadang kita lihat Si Dara gagal memperoleh cinta yang kekal
mereka hanya memiliki cinta hanya dalam setahun dua
itu yang paling lama bertahan
paling pendek dalam enam bulan macam tu
mesti ada sebab mengapa mereka yakni Si Dara tidak berjaya mengekalkan 
hubungan yang mereka bina...
Adakah ia disebabkan oleh rupa paras si dara tersebut?
atau penampilan si dara itu sendiri?

ok...kita terus kepada isu yang utama yang C.Z nak beritahu
berdasarkan perkongsian pengalaman dengan rakan-rakan
tentang insan bernama Si Dara 
terdapat segelintir daripada mereka suka
1) melayan lelaki atau teman lelaki mereka seperti kanak-kanak kecil
ini adalah tidak sesuai kerana lelaki ingin kan kebebasan
kalau anda sendiri jika dikawal kemana hendak pergi,
dengan siapa pergi,pukul berapa nak balik dan sebagainya
apa yang akan anda rasakan?
sudah sepertinya kehidupan anda seperti dalam kawalan sepenuhnya
pada pendapat C.Z nak kawal boleh
tapi biarlah berpada
lelaki ni kalau kita kawal
lagi la dia nak jadi liar dan mula la nak buat hal

2) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi tiada  pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.betul tak kaum hawa???

Definisi lelaki pula; 
bila mereka kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, mereka, pasangan dan keluarga  akan dapt hidup dengan selesa; semua ini sebab mereka sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau mereka tidak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. 
Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

so janganla cepat-cepat anda membuat andaian bahawa anda tidak disayangi atau dia berlaku curang. ingat hubungan yang dibina perlu la diselitkan dengan rasa percaya disamping keikhlasan dan kejujuran
3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring   anda mendengarnya. 
Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; 
Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

peringatan C.Z kepada kaum hawa janganla bila kaum Adam ini ingin bercerita tentang perkara yang diingininya anda berkata "Asyik benda sama je".ini akan membuat mereka tidak akan berkongsi sekiranya mereka berjaya dalam perkerjaan atau pelajaran 

 

CINTA,KASIH, SAYANG....baca dan hayati bersama

"bila cinta kini tak lagi bermakna
yang ku rasa kini hanyalah nestapa
ditinggalkan cinta masa lalu 
dulu kau tawarkan manis nya janjimu
dan ku sambut itu dengan segenap hatiku
hingga engkau pergi tinggalkanku"

hilangnya cintamu menusuk hatiku
hinggaku memilih cinta yang fana
perginya dirimu merobek jantungku
hingga ku terjatuh dalam harapan

ku sebut namamu disetiap doaku
bangkitkan setia kenangan pertama
yang ku dapat hanyalah bayangmu"


bila membaca baris  kata ayat-ayat diatas
apa yang bermain dalam pemikiran anda??
ya..ianya berkaitan dengan CINTA
satu perasaan yang amat kuat
perasaan KASIH
perasaan SAYANG


perasaan yang kadang-kadang susah untuk diungkapkan dengan kata-kata
ya...ianya merupakan 1 perasaan yang lahir dari sanubari
setiap insan mahu dicintai dan mencintai
dalam Islam sekalipun mendidik untuk manusia saling berkasih sayang
TETAPI dengan berlandaskan ISLAM

apa yang kita sering lihat sekarang
perasaan CINTA dan SAYANG itu wujud dan digunakan oleh remaja
tetapi dengan cara yang tidak betul..
anda setuju atau tak dengan pandangan yang saya berikan
pada saya itu BENAR kerna banyak kes pembuangan bayi mula berlaku
hampir setiap masa, detik dan ketika, media massa yakni Televisyen, suratkhabar acapkali
menyajikan kepada kita tentang berita pembuangan bayi

KENAPA INI BERLAKU????
sedangkan bayi yang tidak tahu apa-apa
yang hanya ingin mengenali duniawi yang indah ini
menjadi mangsa
atas dasar sikap TERUNA dan DARA
yang tidak mempunyai sikap perikemanusiaan
melihat bayi yang dikahirkan itu seperti sampah.
dimana maruah mereka sebagai seorang manusia
insan yang diberikan akal dan pemikiran untuk berfikir?
dimana maruah mereka sebagai seorang khalifah??
yang diberikan tangungjawab untuk mentadbir bumi ciptaanNya dengan sebaik mungkin?
tepuk dada tanya lah iman
kerana tanpa IMAN manusia tidak dapat membezakan mana buruk dan baik

CINTA ITU SUCI
ya itu memang benar..tetapi apabila berlakunya kes sedemikian rupa
nilai dan martabat cinta semakin rendah
hinggakan boleh dijual beli dan digadaikan
akibat terpedaya dengan janji manis insan yang berjiwa hitam
 kepada SI DARA berwaspadalah ketika memilih pasangan untuk hidupmu
ibarat kata pepatah
"terlajak perahu boleh diundur. terlajak perbuatan tanggunglah akibatnya"
jagalah mahkotamu wahai DARA
pilihla insan yang bergelar lelaki berdasarkan 
IMANNYA
SIKAPNYA
janganlah memandang kepada paras rupa kerana paras rupa akan musnah
apabila masa bersilih ganti dengan kedutan di kulit-kulit wajah

nasihatku...
andai kau dan dia bercinta
hiasilah cinta kalian dengan keimanan dan ketaqwaan
jangan jadikan CINTA itu tempat nafsumu bermaharajalela
kerna apabila Nafsu telah bermaharajalela
martabat cinta itu sendiri akan hilang 
yang ada hanya lah nafsu dan rasukan syaitan

*semoga diri kalian yang membaca beroleh keberkatan daripada Yang Maha Esa*
zubir othman
05 februari 2011
08.10 malam

 
 

Nina's 1st G.A

Assalamualaikum semua
buat apa petang-petang ni
dah minum petang????
pada yang tengah minum tu minum elok-elok yer
mulakan dengan bismillah dan doa makan
ingat if kita bersyukur dengan nikmat yang diberiNya
InsyaAllah Allah akan tambah nikmat pada masa akan datang

ok...petang macam ni..tengah sejuk-sejuk kerna hujan renyai-renyai
C.Z nak try masuk G.A yang blogger Nina anjurkan
dalam G.A tersebut..terdapat beberapa syarat...
syarat yang C.Z rasa anda semua pun boleh buat semudah ABC

syarat-syarat yang Blogger Nina telah tetapkan ialah
Be my follower ---> Nina Aman
2. Complete this sentence, " I deserve to have Nina's 1st GA because....." (in less than 10 words) / " 
Saya layak memiliki Nina's 1st GA kerana...." (tidak lebih 10 perkataan)
3. Make an entry for this (includes banner above)
4. Tag 2 bloggers
5. Closing date: 28 Feb 2011 (Monday)
nak tahu dengan lebih lanjut tentang apa benda yang Blogger Nina maksudkan boleh klik:

 *****************
C.Z nak join
1) dah jadi follower nina
2)saya layak untuk menang Nina's 1st G.A kerana saya teringin nak rasa mendapat G.A, bagaimana perasaannya.
3)banner G.A

4) tag 2 blogger
C.Z nak tag:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir