SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Perempuan Wajib Baca : 3 Perkara Yang Perempuan Patut Tahu Tentang Lelaki

Perempuan Wajib Baca : 3 Perkara Yang Perempuan Patut Tahu Tentang Lelaki

Assalamualaikum...
selamat pagi semua...kepada pembaca blog yang tak seberapa ini
pada pagi yang indah lagi syahdu ini
Chegu Zubir nak share beberapa perkara yang dianggap penting
terutama bagi Si Dara

kadang-kadang kita lihat Si Dara gagal memperoleh cinta yang kekal
mereka hanya memiliki cinta hanya dalam setahun dua
itu yang paling lama bertahan
paling pendek dalam enam bulan macam tu
mesti ada sebab mengapa mereka yakni Si Dara tidak berjaya mengekalkan 
hubungan yang mereka bina...
Adakah ia disebabkan oleh rupa paras si dara tersebut?
atau penampilan si dara itu sendiri?

ok...kita terus kepada isu yang utama yang C.Z nak beritahu
berdasarkan perkongsian pengalaman dengan rakan-rakan
tentang insan bernama Si Dara 
terdapat segelintir daripada mereka suka
1) melayan lelaki atau teman lelaki mereka seperti kanak-kanak kecil
ini adalah tidak sesuai kerana lelaki ingin kan kebebasan
kalau anda sendiri jika dikawal kemana hendak pergi,
dengan siapa pergi,pukul berapa nak balik dan sebagainya
apa yang akan anda rasakan?
sudah sepertinya kehidupan anda seperti dalam kawalan sepenuhnya
pada pendapat C.Z nak kawal boleh
tapi biarlah berpada
lelaki ni kalau kita kawal
lagi la dia nak jadi liar dan mula la nak buat hal

2) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi tiada  pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.betul tak kaum hawa???

Definisi lelaki pula; 
bila mereka kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, mereka, pasangan dan keluarga  akan dapt hidup dengan selesa; semua ini sebab mereka sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau mereka tidak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. 
Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

so janganla cepat-cepat anda membuat andaian bahawa anda tidak disayangi atau dia berlaku curang. ingat hubungan yang dibina perlu la diselitkan dengan rasa percaya disamping keikhlasan dan kejujuran
3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring   anda mendengarnya. 
Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; 
Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

peringatan C.Z kepada kaum hawa janganla bila kaum Adam ini ingin bercerita tentang perkara yang diingininya anda berkata "Asyik benda sama je".ini akan membuat mereka tidak akan berkongsi sekiranya mereka berjaya dalam perkerjaan atau pelajaran 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir