"bila cinta kini tak lagi bermakna
yang ku rasa kini hanyalah nestapa
ditinggalkan cinta masa lalu
dulu kau tawarkan manis nya janjimu
dan ku sambut itu dengan segenap hatiku
hingga engkau pergi tinggalkanku"
hilangnya cintamu menusuk hatiku
hinggaku memilih cinta yang fana
perginya dirimu merobek jantungku
hingga ku terjatuh dalam harapan
ku sebut namamu disetiap doaku
bangkitkan setia kenangan pertama
yang ku dapat hanyalah bayangmu"
bila membaca baris kata ayat-ayat diatas
apa yang bermain dalam pemikiran anda??
ya..ianya berkaitan dengan CINTA
satu perasaan yang amat kuat
perasaan KASIH
perasaan SAYANG
perasaan SAYANG
perasaan yang kadang-kadang susah untuk diungkapkan dengan kata-kata
ya...ianya merupakan 1 perasaan yang lahir dari sanubari
setiap insan mahu dicintai dan mencintai
dalam Islam sekalipun mendidik untuk manusia saling berkasih sayang
TETAPI dengan berlandaskan ISLAM
apa yang kita sering lihat sekarang
perasaan CINTA dan SAYANG itu wujud dan digunakan oleh remaja
tetapi dengan cara yang tidak betul..
anda setuju atau tak dengan pandangan yang saya berikan
pada saya itu BENAR kerna banyak kes pembuangan bayi mula berlaku
hampir setiap masa, detik dan ketika, media massa yakni Televisyen, suratkhabar acapkali
menyajikan kepada kita tentang berita pembuangan bayi
KENAPA INI BERLAKU????
sedangkan bayi yang tidak tahu apa-apa
yang hanya ingin mengenali duniawi yang indah ini
menjadi mangsa
atas dasar sikap TERUNA dan DARA
yang tidak mempunyai sikap perikemanusiaan
melihat bayi yang dikahirkan itu seperti sampah.
dimana maruah mereka sebagai seorang manusia
insan yang diberikan akal dan pemikiran untuk berfikir?
dimana maruah mereka sebagai seorang khalifah??
yang diberikan tangungjawab untuk mentadbir bumi ciptaanNya dengan sebaik mungkin?
tepuk dada tanya lah iman
kerana tanpa IMAN manusia tidak dapat membezakan mana buruk dan baik
CINTA ITU SUCI
ya itu memang benar..tetapi apabila berlakunya kes sedemikian rupa
nilai dan martabat cinta semakin rendah
hinggakan boleh dijual beli dan digadaikan
akibat terpedaya dengan janji manis insan yang berjiwa hitam
kepada SI DARA berwaspadalah ketika memilih pasangan untuk hidupmu
ibarat kata pepatah
"terlajak perahu boleh diundur. terlajak perbuatan tanggunglah akibatnya"
jagalah mahkotamu wahai DARA
pilihla insan yang bergelar lelaki berdasarkan
IMANNYA
SIKAPNYA
janganlah memandang kepada paras rupa kerana paras rupa akan musnah
apabila masa bersilih ganti dengan kedutan di kulit-kulit wajah
nasihatku...
andai kau dan dia bercinta
hiasilah cinta kalian dengan keimanan dan ketaqwaan
jangan jadikan CINTA itu tempat nafsumu bermaharajalela
kerna apabila Nafsu telah bermaharajalela
martabat cinta itu sendiri akan hilang
yang ada hanya lah nafsu dan rasukan syaitan
*semoga diri kalian yang membaca beroleh keberkatan daripada Yang Maha Esa*
zubir othman
05 februari 2011
08.10 malam