SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Showing posts with label praktikum. Show all posts
Showing posts with label praktikum. Show all posts

# 1 Kembali Menjadi Student

Assalam semua..hari ini saya telah kembali menjadi seorang mahasiswa /pelajar....setelah lama berparktikum...lama 3 bulan...macam-macam kenangan...ada sedih dan gembira....dan hari ni...jam 730 kembali ke kampus seperti biasa...

Mula Belajar
-dah sampai kelas yang ada di tingkat 5...lama tak memanjat..agak penat tapi tak de hal la...setakat 5 tangga tu....dah biasa ( bongkak yer )...ingatkan boleh la lepak dalam

C.z dan Isnin 04042011

hari ini..hari yang indah...semalam c.z tak tidur entah kenapa tak boleh nak tidur...so dah alang-alang celik, c.z terjah-terjah la blog..tapi bila tengok kat pegview...makin menurun..aduyai...parah-parah..mulanya naik dengan baik sekali pukul 12 lebih sampai kul 1 dah mula menurun sampailah kul 6 pagi tadi..huk3...

Sambutan Hari Lahir Kanak-Kanak Prasekolah Tadikan Halimatus Saadiah

Assalam...
agak sibuk semalam hingga tak dapat nak mengupdate apatah lagi nak melawat blog2 kawan-kawan. yelah. nak sediakan RPH, RPS dan juga slide untuk sambutan hari lahir kanak-kanak tadika yang lahir dari bulan januari sehingga bulan Mac iaitu seramai 7 orang kanak-kanak. hari ini kanak-kanak prasekolah datang dengan memakai baju bebas. ada yang pakai dan ada juga yang tak pakai. pada awal paginya murid belajar macam biasa dan majlis bermula pada jam 1030. antara menu yang disediakan ialah ayam goreng KFC, mee goreng, kek hari lahir,

Aktiviti Pnp Prasekolah. Modul bertema 40 Minit > Tema Makanan ( Buah dan Sayur )

Salam Semua...
post kali ni berketan cerita aktiviti mengajar yang c.z lakukan 
tadi kena observe untuk muzik dalam prasekolah... pensyarah muzik datang observe
berdebar jugak la. tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan baik
namun cuma satu dua je kanak-kanak yang buat perangai almaklumla ada tetamu yang datang
jadi mula la nak tunjuk perangai

slot yang c.z jalankan untuk diselia ialah modul bertema 40 minit dibawah tema makanan ( buah dan sayur ). jom baca ringkasan aktiviti yang c.z sediakan berdasarkan rancangan pengajaran slot tadi

Esok Jumaat, 24 Februari 2011, Sambutan Maulidur Rasul IPG KPI

Assalam semua
rajin pulak nak menulis petang-petang ni
esok sambutan Maulidur Rasul peringkat IPG KPI
dan kanak-kanak prasekolah C.Z pun terlibat sama
so....esok kanak-kanak ni akan pakai baju melayu bagi lelaki
dan kurung bagi perempuan

Sibuk Memanjang....

Assalamualaikum
Chegu zubir kembali
kembali setelah lama tidak mengupdate blog yang tidak seberapa ini
maklumlah sibuk dengan praktikal di prasekolah
macam-macam aktiviti dan kerja yang perlu disiapkan
so sempena hujung minggu ini
C.Z nak update la blog ni
bukan apa...orang kata buat apa ada blog tapi
xupdate betul x
so sebelum orang kata better C.Z buat dulu
hehehhehee

ok...C.Z nak minta maaf kepada semua follower C.Z 
kerana sibuk dan xdapat update blog
sebenarnya macam-macam ada di kepala ini
nak ditulis tapi disebabkan kesibukan yang melampau
terpaksalah ditangguhkan
ok...cerita pertama berkaitan praktikum la...
dalam minggu lepas hari rabu if tak silap
C.Z dah kena observe dengan guru pembimbing 
slot yang C.Z kendalikan ialah permainan luar
dimana C.Z mengajar kanak-kanak 5-6 tahun bagaimana untuk mereka berjengket
ya..berjengket yang kita main jengket-jengket atau ketinting...
sebenarnya kanak-kanak awal tahun ini
terutama yang 5 tahun memang susah melakukan dengan baik
Set induksi:
memanaskan badan
buat aktiviti : melihat langit, dikejar anjing, berjongging dsb

langkah1:
tunjuk cara  ketinting...tunjuk cara ini dilakukan dengan C.Z menunjukkan kepada murid bagaimana untuk berjengket iaitu dengan dalam keadaan berdiri dan mengangkat sebelah kaki ke paras dada. dan murid melakukannya dengan bimbingan guru

nak tahu apa lagi yang C.Z buat..klik Diari Praktikum
selain observe oleh guru pembimbing, C.Z juga membantu pihak prasekolah
mengendalikan aktiviti Gotong Royong dimana ianya melibatkan ibu bapa murid dan guru
aktiviti telah diadakan pada hari Sabtu jam 8-12...
dimulakan dengan C.Z memberi makluman dan taklimat kepada ibu bapa
sebenarnya C.Z pun tak tahu nak beritahu apa
C.Z cakap apa yang patut je...tentang pembahagian tugas dan bidang tugas yang perlu dilakukan
dalam 10 minit jugak la C.Z cakap
gementar jugak kerana depan orang tak dikenali
yakni ibu bapa murid
C.Z pasti anda semua pun sama if kena cakap depan khalayak cam C.Z..hehehhee
selepas dah C.Z bagi taklimat, kawan praktikum C.Z , Cikgu Nurul bagi taklimat tentang cara nak guna CD ex-tra....untuk bantu kanak-kanak cepat membaca..
kalau sesiapa berminat boleh la tempah dengan C.Z....
pada C.Z harga tak menjadi keutamaan kerana yang penting anak kita dapat menbaca dengan baik
yelah, pada C.Z seorang guru takkan  mampu untuk melihat secara detail/teliti dan memastikan semua murid boleh membaca dengan lancar kerana guru hanya seorang dan murid seramai 25 orang
jika di tahun 1, guru seorang murid 40 orang....betul tak apa yang C.Z katakan....

selepas itu, C.Z dan ibu bapa mengecat dinding pra...disebabkan ibu bapa yang hadir hanyalah seramai 11 orang dicampur dengan guru dan pembantu seramai 15 orang
maka pembahagian tugas dilakukan dengan bapa-bapa mengecat dinding prasekolah
manakala ibu-ibu pula mengecat pagar, buaian dan juga tayar.
untuk pengetahuan ibu bapa yang tidak hadir perlu memberi sumbangan 
bukan untuk mendenda cuma mengkehendaki mereka untuk sama-sama hadir
demi membantu menjadikan pnp anak-anak mereka lebih bermakna
andai mereka tidak terlibat siapa lagi betul tak?
tanggungjawab anak-anak tidak perlu dilepaskan kepada guru semata-mata
ibu bapa juga perlu memainkan peranan kerana ibu bapa mempunyai lebih masa berkualiti
yakni Quality time ketika di rumah
jadi gunakan masa yang bermanfaat ini dengan sebaiknya...
disamping ibu bapa yang hadir bergotong royong mereka juga membawa juadah
untuk dimakan ketika rehat
bermacam-macam juadah yang mereka bawa
ada bawa nasi lemak, karipap, donut, cup cake,dan macam-macam lagi
membuatkan C.Z sendiri pun tak tahu mana satu nak dijamah...hehehheehe

majlis gotong royong tamat pada jam 1230 tengahari
penat jugak la...tapi disebalik kepenatan terselit kegembiraan kerana mempunyai pengalaman baru
dalam diari kehidupan C.Z iaitu bekerjasama dan juga mengendalikan aktiviti gotong royong
sekurang-kurangnya nanti ketika di sekolah C.Z tak la tertanya-tanya bagaimana nak mengendalikannya..
betul tak???

ada macam2 lagi aktiviti C.Z nak ceritakan kepada anda semua....nantikan post terbaru C.Z selepas ini..jaga diri semua...Assalamualaikum

Terbaru Di Blog Bicara Kata Hati

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semu
yer...baru sebentar tadi C.Z selesai hari pertama praktikum
walaupun tak mengajar secara rasmi dengan adanya RPH dan RPS
namun penat jugak la nak melayan karenah anak2 kecil yang pelbagai perangai
ok..straight to the point..berkaitan dengan entry yang C.Z state kat atas tu
y es..sekarang dah ada satu tab baru di blog ni
kalau anda perasan, ada satu tab yang bertajuk Diari Praktikum
nak terus ke tab tersebut
klik je:
 
disitu C.Z akan update perkembangan praktikum
kalau berminat nak tahu dan tengok apa C.Z lakukan sepanjang praktikum
boleh je klik di tab tersebut
insyaAllah setiap hari C.Z akan update kan bersama gambar-gambar
untuk tatapan umum
bukan senang untuk jadi seorang guru prasekolah
kerana guru prasekolah perlu mendidik insan bernama anak kecil
dari tidak mengenal apa itu Abc, 123 sehinggalah mereka berjaya mengenalinya
apa-apa pun boleh klik di tab tersebut.
walaupun aktiviti yang C.Z buat mungkin xseberapa 
cuma C.Z ingin berkongsi akan aktiviti C.z 
oklah...C.Z nak rest jap petang nanti perlu jumpa lecturer untuk bincang tentang praktikum ni
penat2
jaga diri tau..dan selamat beramal
*********

Bermulanya Satu Episod Baru Esok

assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua blogger sekalian
"esok bermulanya 1 episod baru menjadi entry C.Z malam ni"
yes...semuanya akan bermula pagi esok
bermula apa??

esok C.Z akan memulakan praktikal
selama 3 bulan
dimana? di Prasekolah IPG Kampus Pendidikan Islam
semua kawan yang lain yang satu batch dengan C.Z semua dapat sekolah rendah
C.Z dan partner je dapat dalam IPG
yes...memang ada kelebihannya dapat di dalam IPG
tapi sekali unit praktikum nak pantau dan semak fail
memang C.Z dan partner la yang kena dulu
kelebihan yang C.Z dapat ialah 
1) perbelanjaan yakni minyak motor sudah dikurangkan
2) tak terlibat dengan mesyuarat yang terdapat di sekolah
3) tak kena la relief kelas..hehehhehe

cuma 1 jelah C.Z tak rasa...iaitu suasana sekolah..tak apa
janji dapat praktikum dengan baik dan dapat markah yang terbaik
" A+ "

insyaAllah C.Z akan sediakan 1 ruang yakni elemen baru di Blog ini
sebagai tatapan kalian apa yang berlaku ketika C.Z berada dan menjadi guru praktikal
di Prasekolah Halimatus Saadiah IPG KPI...

C.Z harap anda blogger semua dapat mendoakan C.Z dapat berpraktikum dengan baik
dikurniakan idea yang terbaik untuk mendidik anak-anak kecil seusia 5 dan 6 tahun
jika ada kelapangan C.Z akan sentiasa mengupdate Blog ini...InsyaAllah

salam sayang



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir