Assalamualaikum semua
apa khabar semua..C.Z harap semua berada dalam keadaan sihat
sejak kebelakangan ni...sibuk sikit sampai tak ada masa nak update blog
macam-macam sebenarnya C.Z nak kongsi dengan anda semua
tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan
jadi terpaksalah tangguhkan aktiviti mengupdate blog yang tak seberapa ini
ok...msti semua tahu yang hari ini merupakan valentines Day
hari ini dikatakan banyak pasangan kekasih akan meraikannya
bersama-sama dengan aktiviti tersendiri
sebenarnya sambutan ini merupakan sesuatu yang HARAM
kerana ianya bertentangan dengan ajaran AGAMA ISLAM kita yang SUCI
pada Jumaat lepas...C.Z dengar Khutbah dekat masjid
apa yang dikatakan oleh khatib ( pembaca khutbah )
ialah majlis Fatwa Kebangsaan telah mengatakan bahawa
menyambut atau meraikan serta mempunyai unsur -unsur berkaitan
yakni mempromosikan, mengajak dan sebagainya
adalah DILARANG
sebenarnya nama Valentines dinamakan sempena nama seorang paderi iaitu Saint Valentines.
nak cerita lebih-lebih C.Z tak pandai la pulak
jadi C.Z letak artikel berkaitan dengan siapa itu Valentines...
baca yer
anda semua tahu tak mengapa Tanggal 14 februari dinyatakan sebagai Hari Kekasih aka Valentines Day.
Asal Usul Valentines Day:
Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut ‘Syuhada’) yang kerana kesalahan dan bersifat ‘dermawan’ maka dia diberi gelaran Saint. Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M). Untuk mengagungkan St. Valentine yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.
Tetapi sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’ tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta ‘supercalis’ kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.
Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari.
Secara kesimpulannya Valentine Day ini lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak akidah umat Islam dan pada masa yang sama memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.
selain itu, mengapa Valentines Day Haram disambut oleh Islam kerana:
1. Sejarah Valentine's Day tidak ada dalam Sejarah Islam;
2. mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam;
3. kebanyakan golongan yang meraikan Valentine's Day ini dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam;
4. Valentine atau nama sebenar St. Valentine adalah merupakan seorang paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabellah di Sepanyol. Ratu Isabelleh menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan Kristian terhadap Islam; dan
5. barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
6. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tidak dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Al-Qur'an, Surah Al-Israa' :32"
Sebagai altenatifnya...Sekiranya seluruh dunia berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari "menyambut kekasih" dengan pasangan mereka, maka marilah kita semua sebagai umat Islam menjadikan setiap hari sebagai ikatan bersatunya seluruh muslimin dan muslimat serta mempertingkatkan ketaqwaaan dan kecintaan kepada Allah S.W.T dan RasulNYA
Sumber :Nurul Ain Latif, MAJALAH AL-ISLAM, Cetakan Februari 2009, Bil. 422.

oleh itu, kalau anda baca dengan teliti post ini pasti anda mengerti bahawa mengapa Valentines Day itu adalah HARAM
if kita sebagai umat Islam menyambutnya maka disini kita sebagai pengkhianat agama
dalam islam sendiri ada menyediakan cara -cara berkasih sayang yang terbaik yang diredhai olehNya
dan Islam juga tak menghadkan hari-hari tertentu untuk manusia berkasih sayang
setiap hari adalah hari untuk berkasih sayang
kerana Islam itu sendiri menggalakkan umatnya berkasih sayang
cuma perlu mengikut batas-batas syarak yang telah ditetapkan dalam Islam
so sebagai insan yang mengaku Islam
fikir-fikirkanlah, jangan di dalam Kad Pengenalan
sahaja yang tertera ISLAM tetapi perwatakan dan pemikiran tidak menggambarkan keislaman kita
C.Z cuma nak menasihati diri ini dan mengingatkan anda semua
kafir laknatullah ini mempunyai pelbagai helah yang mana berusaha untuk menjatuhkan dan menghapuskan umat Islam
* fikir-fikir dan renung-renungkan*