assalamualaikum semua
dan selamat pagi
apa khabar semua
masih mengupdate blog....bagus-bagus
yang penting jangan abaikan benda yang lebih penting yer
utamakan yang lebih utama
trend macam tu ker sekarang?????
maunya tak bayar tinggi tapi sekejap je
agak-agak apa yang korang fikirkan yer bila C.Z cakap macam tu????
straight to the point la
tak nak la memeningkan kepala blogger-bloger sekalian
dengan soalan yang entah apa-apa
ni berketan kes kahwin pastu cerai...
berbaloi ker...C.Z rasa benda ni cam dah jadi fenomena
kahwin cerai
kahwin cerai
adakah perkahwinan tersebut dianggap perkara yang main-main???
bila tak nak cerai....cetek betul pemikiran manusia
kes sedemikian banyak dikalangan artis kerana artis selalu keluar paper
tv, majalah dan lain lagi
yang terbaru Kes Jimmy Shanley
jom baca full artikel
credit to Mstar Online
Jimmy Shanley Dan Isteri Ke Mahkamah 8 Mac
PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh difahamkan akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 8 Mac depan berhubung permohonan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.
Sumber memberitahu mStar Online, kes tersebut pada awalnya ditetapkan untuk sebutan pada Selasa (hari ini), tetapi terpaksa ditunda kepada tarikh lain ekoran ketiadaan hakim.
Turut difahamkan, permohonan itu difailkan sendiri oleh pengacara Trek Selebriti tersebut pada awal tahun ini.
Kemelut rumah tangga Jimmy Shanley, 31, mula diperkatakan selepas sebuah akhbar tabloid pada 11 November lalu, melaporkan Jimmy tidak menyangkal perkahwinannya sedang bergelora.
Bagaimanapun, pada keesokan harinya pula, Jimmy yang dihubungi oleh mStar Online menafikan berita tersebut dan menyifatkanya sebagai gosip semata-mata.
Jimmy turut memberitahu, mereka masih dalam keadaan berbulan madu dan Nursuhaila Eliani, 25, telah disahkan mengandung empat minggu.
Pada 11 Januari lalu, kelibat Jimmy yang dilihat di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sekali lagi menimbulkan spekulasi mengenai rumah tangganya yang dikatakan semakin rapuh.
Bagaimanapun, Jimmy menerusi kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berkata, dia tidak dapat memberi sebarang komen kerana mahu menjaga hati keluarga mertua dan pihak-pihak tertentu berhubung perkara terbabit. Beliau juga mengharapkan semua peminat dan orang ramai dapat berdoa agar perkahwinan mereka itu akan terus kukuh dan kekal buat selama-lamanya.
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, Selangor dengan hantaran sebanyak RM31,186, bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
****
entahla C.Z pun tak tahu mengapa cepat sangat nak bercerai
sedangkan kahwin bukan main Grand
siap wat dekat KLCC, PWTC....sekali bercerai di Mahkamah
macam-macam ragam manusia kan
adakah ilmu agama mereka kurang
sehingga mudah sangat melafazkan cerai????
ataupun perkahwinan itu dianggap sesuatu yang suka-suka?????
tepuk dada tanya iman
kerana iman sahaja yang lebih mengetahui.....
**********