SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Sebab Mengapa Ramai Lepasan Ijazah Masih Mengganggur..Ini Salah Satu Puncanya

SETIAP kali memohon sesuatu pekerjaan, perkara pokok yang harus dititikberatkan adalahfirst impression kerana ia menjadi magnet buat pihak majikan melihat sama ada seseorang calon itu layak atau tidak mengisi jawatan yang ditawarkan.
Tolak tepi dahulu isu penampilan segak dan kemas mahupun kelancaran proses temu duga, ramai sebenarnya terlupa tentang cara terbaik meyakinkan majikan ketika proses menghantar resume melalui email.
Ya, jangan ambil mudah tentang isu tersebut kerana tanpa sedar, cara dan etika seseorang menyusun ayat dan perkataan juga memainkan peranan.
Kalau anda tak percaya, nah baca sendiri rungutan seorang individu yang juga pemilik sebuah syarikat berkenaan isu ini.
Melalui ruang Facebook, pemilik akaun Ir Meor Shamshir meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebanyakan calon yang menghantar permohonan kerana approach yang dilakukan mereka gagal meyakinkan beliau selaku majikan untuk menjemput hadir bagi sesi temu duga.
4 flat
Ayat paling sentap yang diujar Meor Shamshir dalam statusnya, “Dik… Pensyarah tak ajar ke adab-adab menulis email kepada bakal majikan?”
Walaupun pedas tapi memang tak dapat dinafikan kebenarannya.
Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut memberi beberapa contoh kesalahan besar yang dilakukan calon ketika menghantar permohonan melalui email.
4 flat 2 (1)10498567_10203750457696503_5448838029287427396_o
Menurut Shamshir, calon haruslah menyatakan tujuan menghantar resume kepada majikan dan lebih utama, memberikan sedikit penerangan tentang diri sendiri supaya majikan mendapat informasi awal berkenaan calon tersebut.
Ini tak, ada yang sekadar attach resume dan hanya menulis “Resume” dan “Terima Kasih”. Kalau macam ni dik, tak payah mimpilah majikan nak layan email kamu!
Selain itu, calon juga haruslah peka ketika menghantar email kerana ia juga memperlihatkan tahap ketelitian seseorang ketika melakukan sesuatu tugas.
10380712_10203750456056462_7673862148527942372_o
Sudahlah kesalahan ejaan pada ayat pendek pun tak dibetulkan, lagi mengecewakan, calon tersebut langsung tidak menyatakan tujuan utamanya dalam ruang ‘Subject’ dan hanya membiarkannya kosong.
Malah lebih memeranjatkan, menurut Shamshir, ada individu yang tergamak melakukan kesilapan paling mega iaitu meletakkan penerangan panjang lebar di ruang ‘Subject’ dan membiarkan ruang yang patut diletakkan penerangan pula kosong.
1522543_10203750458776530_4364395003979482707_o
Apalah guna belajar sehingga mendapat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda kalau perkara asas seperti menghantar email pun dah gagal!
Sepatutnya, kelulusan dari universiti yang diperolehi harus seiring dengan ketelitian dan kepekaan setiap individu dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Buat adik-adik yang baru tamat belajar, jangan ambil ringan perkara seperti ini kalau tak nak menganggur bertahun-tahun… 

Soal Jawab Ramadhan | Makan Dulu Atau Solat Dulu


Makan dulu atau solat dulu?

Soalan: Ramai orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah terhidang, yang terbaik itu solat dahulu, selepas itu barulah makan. Sehingga ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan, kemudian bangun meninggalkannya dan pergi menunaikan solat. Amalan seperti itu dirasakan oleh sesetengah pihak sebagai lebih mengikut kehendak agama. Apakah pandangan? 



Jawapan: Sebenarnya, jika kita merujuk kepada hadis-hadis Nabi s.a.w kita akan dapati itu amalan yang tidak tepat. Fahami perkara-perkara berikut;



1. Antaranya hadis daripada Anas bin Malik r.a.: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِذَا قُدِّمَ العَشَاءُ، فَابْدَءُوا بِهِ قَبْلَ أَنْ تُصَلُّوا صَلاَةَ المَغْرِبِ، وَلاَ تَعْجَلُوا عَنْ عَشَائِكُمْ
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).



2. Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, baginda s.a.w. bersabda:
إِذَا وُضِعَ عَشَاءُ أَحَدِكُمْ وَأُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَابْدَءُوا بِالعَشَاءِ وَلاَ يَعْجَلْ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْهُ» وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ: «يُوضَعُ لَهُ الطَّعَامُ، وَتُقَامُ الصَّلاَةُ، فَلاَ يَأْتِيهَا حَتَّى يَفْرُغَ، وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ قِرَاءَةَ الإِمَامِ
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.” Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan sekalipun beliau mendengar bacaan imam. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


3. Hikmah daripada arahan Nabi s.a.w agar mendahulukan makan ialah agar pemikiran kita tidak diganggu ketika solat dengan ingatan kepada makanan yang telah kita lihat terhidang di hadapan mata sebelum bersolat tadi. Ini boleh mengganggu kekusyukan solat seseorang. Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Ini merangkumi semua solat, bukan khusus pada solat Maghrib sahaja. Kata al-Imam an-Nawawi (meninggal 676H) dalam Sharh Sahih Muslim mengulas hadis-hadis berkaitan: “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk”.


4. Ini bukan bererti kita mengutamakan makan dari solat. Sebaliknya kita makan terlebih dahulu kerana ingin menjaga kekusyukan solat. 
Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) dalam Fath al-Bari memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H): “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”



5. Dengan itu, makan dahulu setelah makanan terhidang kemudian baru bersolat adalah sunnah Nabi s.a.w. Maka apabila makanan terhidang, ibubapa hendaklah memberikan anak-anak makan terlebih dahulu ketika berbuka, sehingga mereka selesai maka barulah bersolat. Inilah sunnah.


6. Melakukan susunan yang seperti itu, mendapat pahala. Namun makanlah dengan kadar yang diajar oleh Islam, bukan makan sehingga mengah lalu gagal bersolat dengan sempurna.

7. Di sana ada cara untuk mengelakkan kemakruhan ini, iaitu elakkan menghidangkan makanan terlebih dahulu sebelum solat. Elakkan mata terpandang kepada makanan yang telah dihidangkan. Selepas selesai bersolat barulah dihidangkan. Namun, jika kelaparan itu kuat, bau makanan telah masuk ke hidung, sehingga ingatan kepada makanan sangat kuat sekali belum melihatnya, hendaklah dia makan terlebih dahulu.

8. Juga sudah pasti tidak makruh bersolat sekalipun makanan sudah terhidang jika keinginan kepada makanan tiada. Ini kerana punca (‘illah) larangan bersolat semasa makanan terhidang ialah agar tidak mengganggu kusyuk. Jika seseorang memang tiada keinginan kepada makanan, sudah pasti tidak menggangu kusyuk sekalipun makanan sudah terhidang.

Tips Bagaimana Menghilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Tips Bagaimana Menghilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Perkongsian Fb 

Alhamdulillah..ari ni dpt beli durian kunyit utk berbuka...oh ye...nak share petua baru dpt dr uncle bangsa cina....utk menghilangkan bau durian yg semerbak tu dlm kereta..tangkai durian dibelah tgh..letak di lubang aircond...tested! mmg hilang bau durian dlm kereta..selamat berbuka dan selamat mencuba!

Awas, Telur Tiruan Kini Menyerang Berada di Kedah

OMG!!! This time's our turn tricked!! 

sumber > FB : Yaya Sagi



Telur ayam palsu di dpn mata!! hu3 alamak 'makk aai…dh bnyk mane kita telan ny makk… Dr segi bentuk telur nmpak pelik siked…bila dipecahkn telur kuning trus trcampur dgn telur putih… 

Lgsung tk bau apa…hanyir pun tdak! My mom trkejutt dgn kepelikan tuu…then, kitorang prhatikn selaput dkat kulit telur tu memang keras mcm plstik @kertas pun ada… Lpas tu i

Inilah Yang Terjadi Apabila Seorang Perokok Berhenti Merokok...Sangat Lumayan

Dari FB Shiedah Mawahid 



Nak share cerita ni..suami tekad berhenti merokok 2010,,,17 thn usia perkahwinan kami..dh hampir putus asa meleterinya..

raya cina masa tu...dia bawak blk tong biru ni..katanya mulai saat tu dia akan isi tong ni dgn duit yg sepatutnya dia beli rokok..nilah hasilnya...2015,,penuh tong..dgn jumlah..rm6115,,,jd kpd perokk tegar..anda boleh berenti merokok dgn kemahuan sendiri..kehendak sendiri..


**nak tahu tong besar mana..kan ada mesin jahit tepi tu...kecik je tong tu..

Kepada Yang Memiliki Perodua Viva, Anda Perlu Berhati-Hati...Ini Sebabnya..

Posting ni bukanlah nak mengajar korang mencuri kereta tapi sebaliknya sebagai awareness kepada korang yang memiliki kereta perodua Viva agar lebih berwaspada dan berhati-hati. Aku tau korang sayangkan kereta korang, tambah lagi loan dengan bank pun tak habis lagi. Maka aku nak berkongsi dengan korang cara kereta viva kena curi.


Aku tau caranya dari orang yang buat sales car security. Dia demo kat kereta aku, dalam 4 minit je dia boleh bukak kereta aku, siap hidup enjin. Ha, tu demo, kalau pencuri kereta yang real ? Mau hilang kereta aku beb. Kereta Viva aku bukan yang biasa, aku beli yang premium spec dulu tahun 2009 [airbag + abs]. Harga pun premium lah sikit, punyalah sakit hati aku tau perodua Viva aku punya senang kena curi.

Berdasarkan temubual aku dengan sales person car security, kereta nasional ni banyaknya datangnya 'kosong'. Maksud kosong tu ialah takda security. Korang kena pasang besi anti-theft, kena pasang alarm sendiri. Aku sangat tak bersetuju dengan pengeluar kereta nasional yang membiarkan kereta yang dijual di pasaran 'kosong', weh aku bayar duit kereta mahal tau. Tak kan 'kosong' camni. Patutlah banyak kes kecurian kereta nasional dilaporkan.

Okay, korek punya korek pasal car security, ni antara cara kereta dicuri.

1. Kopak Masuk

Cara ni, pencuri kereta akan bukak bonet enjin kereta dengan menggunakan besi khas. Besi tu diumpil kat bahagian atas tayar sebelah kanan. Aku rasa dia tarik kabel bonet enjin sebab tombol bonet enjin cam selari kat area tu.

Besi dicucuk kat tempat tu

Bila bonet enjin dah terbuka, hon kereta Viva akan berbunyi sebab dia detect pintu yang di lock guna remote, dibuka secara manual. Dengan pantas pencuri akan bukak bonet enjin, tarik fius alarm atau tanggalkan salah satu terminal bateri. Alarm akan mati dan pencuri boleh masuk dalam kereta.


Pencuri kemudian akan hidupkan kereta dengan garfu yang diubah suai atau melalui pintasan pendawaian elektrik kereta. Perghhhh senang gila kena curi.

PENCEGAHAN
Pastikan korang gunakan kunci tambahan yang berkualiti tinggi (stereng lock, gear lock) sebagai pencegahan dari kecurian. Parking di tempat yang selamat. Jika parking kereta di parking yang berbayar, jangan tinggalkan tiket parking dalam kereta.



2. By Pass Remote Kereta

Cara by pass remote kereta ni katanya dilakukan oleh pencuri yang pernah pegang kunci kereta kita. Dia akantransfer remote kereta kita kepada remote kereta lain. Bila kita kunci kereta, remote kita tak berfungsi sebab dah ditransfer ke remote yang lagi satu. Tentu korang sedia maklum kereta Viva bila tekan button lock dia tak ada bunyi melainkan korang pasang buzzer sendiri. Jadi tentu ada yang tak perasan remote tak berfungsi terutama yang tak pakai buzzer.

Aku dah try transfer remote ni, memang jadi. 


Korang boleh cuba. Dapatkan 2 kunci perodua (1 kunci kereta asal, 1 kunci kereta Viva/Myvi lain).

Letak kunci asal.

Masukkan kunci kereta yang asal kat tempat kuncinya. Putar pada posisi ACC. Okay kat sini tricky sikit. Dari posisi ACC tu korang kena putar mainkan dari ACC -> ON -> ACC -> ON -> ACC -> ON.

Dalam masa yang sama korang putarkan ACC -> ON berkali-kali tu, remote yang kedua (remote kereta lain) korang tekan button warna merah. Pastikan kereta kedua ni korang tak letak berdekatan, kalau tak alarm kereta kedua akan bunyi sebab korang tekan button merah tu.

Tekan remote yang lagi satu

Ok sambung tekan button merah pada remote kereta lain sambil putarkan kunci asal ACC -> ON. Korang akan dengar hon kereta asal berbunyi, so korang terus buat sampai hon berbunyi sebanyak 3 kali. Done. 

Sekarang cuba korang lock kereta guna kunci asal. Mesti tak boleh. Cuba lock guna kunci kereta lain tu, mesti boleh. Kalau korang dah master, dalam 10 saat je boleh transfer remote. 

Untuk kembalikan remote korang ke asal, kena ulang semula langkah yang sama, cuma kali ni putarkan ACC -> ON sambil tekan button merah remote kereta asal. Buat sampai hon berbunyi 3 kali. Done.

Padah bila kereta kita orang lain boleh bukak, macam-macam boleh hilang. Smartag, touch n go, gps, tidak terkecuali hilang kereta sekali.

PENCEGAHAN
Jangan mudah memberi kunci dan remote kereta korang kat orang sebarangan. Aku tengok orang kita mudah je hulurkan kunci kereta kat bangla-bangla carwash, kemudian pergi minum kat kedai tunggu kereta siap cuci.

Setakat ni ja aku kongsikan. 

Hukum Makan Ikan Masin dan Telur Masin Yang Ramai Tak Tahu

Pasti anda tertanya-tanya apakah hukum memakan telur masin yang diperap hitam yang banyak dijual di pasaran dan hukum memakan ikan masin yang diperap tanpa dibuang isi perutnya terlebih dahulu.


Ikuti perkongsian Ustaz Fadhil Hj Hassan yang dipetik dari Radio Kedah dalam program Halaman Keluarga setiap hari jumaat yang boleh didengari pada pukul 12.15 - 12.45 tengah

Inilah Sebab Mengapa Kita Dilarang Membuang Biji Kurma Selepas Makan

Hari ini 19 June 2015 bersamaan 2 Ramadan 1436 H merupakan hari kedua umat Islam menunaikan ibadah puasa di mana kita masih ada lagi 28 hari untuk mencapai hari kemenangan melawan godaan nafsu dan syaitan.

Bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan di mana bulan suci ini Allah menjanjikan pelbagai ganjaran yang hebat kepada hambaNya jika melakukan ibadat dan berbuat kebaikan.

Ramadan pasti secara ironinya kita umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan tamar atau pun kurma. Buah kegemaran Rasulullah ini pasti terjual di mana-mana sahaja pada bulan Ramadan terutamanya pasaraya dan bazar Ramadan.

Buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia seperti memberi tenaga segara kepada kita, Kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.

Tetapi tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat.

Bagaimana hendak memakan biji kurma ini untuk mendapatkan khasiatnya?

Pasti anda pernah dengar kopi biji kurma? tidak susah kerana kopi biji kurma ini ada boleh lakukan sendiri di rumah kerana prosesnya begitu mudah. ikuti cara-cara ini:

1. Basuh biji kurma tersebut dan toskan.

2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.

3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.

4. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.

Antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma:

1. Memberi tenaga segera

2. Memulihkan tenaga Syahwat

3. Menyembuhkan kencing manis

4. memberi tenaga kepada lelaki dan wanita

5. Menghilangkan letih dan lesu

6. Menghangatkan badan

7. Mengendorkan saraf yang tegang

8. Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin

9. Menyembuhkan sakit perut

10. menyegarkan badan/tidak mengantuk

11. Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt

12. Menyembuhkan sakit kepala/ migrain

13. Melancarkan peredaran darah

Berikut adalah komposisi kimia dan nutrisi dalam biji kurma:
Kelembaban
7.17 – 9 %

Protein
1.82 – 5.2 %

Lemak
6.8 – 9.32 %

Karbohdrat
65.5%

Serat
6.4 – 13.6 %

Abu, Sterol & Estrone
0.89 -1.57 %

Polisakarida Larut Alkali
0.89 – 1.57 %

Minyak Kuning-hijau
6 – 8%

Kandungan Asid Lemak Minyak Kuning-hijau
Lauric, 8%; myrictic, 4%; palmitic, 25%;
Stearic, 10%;oleic, 45%;

Linoleic, 10%; juga terdapat kandungan asid kaprilik & kaprik.
Asid Oksalat
Julat sehingga 56%

Selain itu kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan madu sebelum sapukan.

Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah hasil yang menakjubkan akan anda perolehi.

Nampaknya begitu banyak khasiat biji kurma ini. SK sendiri pun selama ini tidak tahu akan kehebatan biji kurma ini.

Jadi Sahabat-sahabat Sk semua bolehlah cuba membuat kopi ini sendiri kerana tidak rugi malahan berbaloi dengan khasiat yang bakal kita perolehi. - Siakapkeli.my

Rujukan:

1. http://pondokibu.com/
2. http://munirahsyedabubakar.com/
3. http://kopi-kurma.blogspot.com/
4. Besbes et al,2004
5. http://ekhi3.blogspot.com/

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2015 Bagi Seluruh Malaysia

Zakat merupakan salah satu kewajipan bagi seseorang yang beragama Islam. Zakat dari segi bahasanya bermaksud bersih dan suci. Manakala dari segi syaraknya pula ialah mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerima dengan kadar yang tertentu.

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi setiap individu di seluruh negara bagi tahun ini, mengikut kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing.



Adalah dinasihatkan menunaikan zakat fitrah pada awal Ramadhan supaya agihan kepada mereka yang layak menerimanya dapat disempurnakan sebelum menjelangnya hari raya.

Sebab Kenapa Anda Dilarang Sama Sekali Meninggalkan Laptop Di Atas Katil

Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah 4 Jun lalu. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.
Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.

Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.


Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal.

Tips Bagaimana Mengelakkan Rasa Lapar dan Dahaga Pada Bulan Ramadhan

Tips sahur sihat elak lapar, dahaga dan lemah di Bulan Puasa Ramadhan. Sahur adalah sangat penting bagi umat islam untuk meneruskan rutin harian dengan menahan lapar dan dahaga disepanjang bulan Ramadhan pada siang hari. Tanpa sahur yang betul, badan akan mudah lemah dan tidak bertenaga.
https://lh6.googleusercontent.com/-FFfO_KZ3AGw/U66rU-_4BTI/AAAAAAAAEAE/inie_ONet94/s640/tips%2520sahur.jpg
Tips Sahur Sihat Elak Lapar Di Bulan Puasa Ramadhan
1. Anda diwajibkan bersahur sebelum terbitnya Fajar. Elakkan tidur yang berlebihan sehingga anda terlepas waktu sahur.
2. Elakkan minuman yang manis dan bergula kerana ianya akan membuatkan anda cepat dahaga kelak.
3. Banyakkan minum air kosong atau air suam.
4. Elakkan makanan ringan ketika sahur seperti mee segera (Maggi), snek ringan dan sebagainya kerana ianya mengandungi terlalu banyak garam. Garam yang berlebihan akan menyebabkan anda ternyah hidrat.
5. Wajib memakan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi/roti, protein seperti ikan/ daging dan sayur kerana ianya berkalori lebih tinggi.
6. Dinasihatkan memakan 2 atau 3 biji kurma kerana kurma lambat dicerna atau dihadam. Kajian juga membuktikan bahawa kurma dapat menahan lapar dibulan Puasa.
7. Elakkan terlalu banyak tidur pada bulan puasa kerana anda akan lebih cepat rasa lapar dan dahaga.
8. Elakkan minuman berkafien tinggi seperti teh dan kopi kerana ianya akan menyebabkan lebih mudah ternyah hidrat.
Sekian sahaja tips sahur dari kami. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat islam di Malaysia.

WAJIB BACA : Kaitan Tatabahasa dan Matematik Yang Anda Tidak Tahu

Pendedahan ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Saudara Aliff Danial. Tertarik dengan isu ini, kami menghubungi beliau untuk mendapatkan keberan dan kongsikan semula di sini. Semoga pendedahan ini membantu anda terutama ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah, juga buat para guru dan warga pendidik dalam usaha melahirkan jenerasi yang lebih berdaya saing dan berjaya.
Bismillah.
Ada orang bertanya kepada saya, benarkah bahasa yang baik lagi elok sangat penting untuk menguasai matematik?
Jawabnya ialah benar, dan beginilah ceritanya. Pertamanya, matematik adalah raja bagi segala bahasa. Maka, apakah sifat bagi raja? Ia mesti bersemayam di atas tahktanya.
Apakah layak seorang raja duduk di atas kerusi yang senget? Tidak. Oleh yang demikian, sebagai meraikan kedudukan matematik sebagai raja bagi segala bahasa, maka segala titah perintah raja mestilah dijunjung dengan bahasa yang elok lagi sempurna.
menulis-karangan
Berdasarkan pengalaman saya mengajar matematik hampir sepuluh tahun, pelajar yang menggunakan bahasa yang elok lagi sempurna dalam penulisan mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam matematik berbanding dengan para pelajar yang melayan bahasa secara ala kadar.
Selama hampir sepuluh tahun mengajar matematik di universiti, saya sudah menyemak beribu-ribu kertas matematik, dan saya dapati pelajar-pelajar yang menggunakan ayat-ayat yang sempurna mendapat markah yang tinggi berbanding dengan pelajar yang menulis dengan bahasa ala kadar.
Jadi, ini mengingatkan saya kepada kata-kata seorang pensyarah matematik yang bernama Profesor Ikeda. Menurut beliau, kita mesti berusaha menjadi seorang profesional. Apakah maknanya menjadi seorang profesional? Perhatikan pada perkara-perkara yang dianggap kecil oleh para amatur. Antaranya ialah bahasa yang baik.
Jadi, tuan-tuan jikalau hendak tahu mengapa subjek matematik anak-anak lemah, semaklah buku karangan bahasa Melayu mereka. Bacalah karangan-karangan yang ditulis oleh mereka dan perbaikilah dari sana.
Sekian, semoga bermanfaat dan sebarlah ilmu ini ke seluruh alam.

Tips Berkesan Bagaimana Untuk Lega dan Kurangkan Kahak Pada Bayi

Nota ini ditulis oleh seorang ibu, Puan Azura Hishamudin. Kaedah percussion ini digunakan untuk melega dan mengurangkan kandungan kahak dalam dada bayi. Semoga anak anda lebih selesa selepas melakukan kaedah ini.
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Hari ini saya hendak berkongsi tips dan rawatan untuk selesema dan batuk berkahak bayi. Rawatan ini dinamakan rawatan percussion. Semoga dengan penulisan saya kali ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu di luar sana untuk merawat anak dengan cara semulajadi. Ok, let’s start…
1. Tuang beberapa titis minyak kayu putih ke dalam besen bersih. Saya gunakan minyak kayu putih seperti gambar pertama. Tuangkan air panas menggelegak ke dalam besen berisi minyak tadi.
2. Wapkan wajah anak anda dalam keadaan meniarap. Sila rujuk gambar kedua. Tujuannya untuk anak sedut wap tu. (Nota penting: Mohon jaga tangan anak anda, takut termasuk dalam air panas.)
3. Tepuk-tepuk belakang, kiri dan kanan anak. Jangan tepuk di tengah-tengah. Guna teknik cupping semasa menepuk. Sila rujuk gambar ketiga. (Nota: Masa ini anak akan meronta minta dilepaskan. Dia akan menjerit sekuat hati. Memang kesian tengok anak meronta dan menangis tetapi kita mahu keluarkan kahak dia. Ibu-ibu hati mesti kental ye.)
4. Selepas 5 hingga 10 minit, akan keluar lendir kahak dari hidung si manja. Rujuk gambar keempat, kelima dan keenam. Sampai berbelon-belon keluar daripada hidung Khayla. Itulah hasil kekentalan hati kita untuk keluarkan kahak daripada hidung dia.
5. Selepas siap, buang lendir kahak daripada hidung anak. Selalu selepas buang, saya akan sedut lebihan hingus dalam hidung Khayla. Selepas itu, sapukan minyak bawang putih di tapak kaki dan belakang badan anak. Semasa itu dia pernafasan dia pun sudah lega sedikit dan muka tersenyum. Upah anak dengan susu, kerapkan susu badan bagi ibu yg masih menyusu badan.
Selamat mencuba.
Nota: Tidak sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai G6PD, kerana kemungkinan kehadiran Metyl Salicylate dalam minyak angin atau minyak panas.
sumber : thevocket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir