Sepasang suami isteri kehilangan anak
mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah 4 Jun lalu.
Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison
dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.
Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah
dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama.
Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu
dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu
ibunya pulang dari kerja.
Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.
Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang
berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari
penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah
dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang
diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak
mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin
panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon
monoksida.
Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal.