Posting ni bukanlah nak mengajar korang mencuri kereta tapi sebaliknya sebagai awareness kepada korang yang memiliki kereta perodua Viva agar lebih berwaspada dan berhati-hati. Aku tau korang sayangkan kereta korang, tambah lagi loan dengan bank pun tak habis lagi. Maka aku nak berkongsi dengan korang cara kereta viva kena curi.
Aku tau caranya dari orang yang buat sales car security. Dia demo kat kereta aku, dalam 4 minit je dia boleh bukak kereta aku, siap hidup enjin. Ha, tu demo, kalau pencuri kereta yang real ? Mau hilang kereta aku beb. Kereta Viva aku bukan yang biasa, aku beli yang premium spec dulu tahun 2009 [airbag + abs]. Harga pun premium lah sikit, punyalah sakit hati aku tau perodua Viva aku punya senang kena curi.
Berdasarkan temubual aku dengan sales person car security, kereta nasional ni banyaknya datangnya 'kosong'. Maksud kosong tu ialah takda security. Korang kena pasang besi anti-theft, kena pasang alarm sendiri. Aku sangat tak bersetuju dengan pengeluar kereta nasional yang membiarkan kereta yang dijual di pasaran 'kosong', weh aku bayar duit kereta mahal tau. Tak kan 'kosong' camni. Patutlah banyak kes kecurian kereta nasional dilaporkan.
Okay, korek punya korek pasal car security, ni antara cara kereta dicuri.
1. Kopak Masuk
Cara ni, pencuri kereta akan bukak bonet enjin kereta dengan menggunakan besi khas. Besi tu diumpil kat bahagian atas tayar sebelah kanan. Aku rasa dia tarik kabel bonet enjin sebab tombol bonet enjin cam selari kat area tu.
Besi dicucuk kat tempat tu |
Bila bonet enjin dah terbuka, hon kereta Viva akan berbunyi sebab dia detect pintu yang di lock guna remote, dibuka secara manual. Dengan pantas pencuri akan bukak bonet enjin, tarik fius alarm atau tanggalkan salah satu terminal bateri. Alarm akan mati dan pencuri boleh masuk dalam kereta.
Pencuri kemudian akan hidupkan kereta dengan garfu yang diubah suai atau melalui pintasan pendawaian elektrik kereta. Perghhhh senang gila kena curi.
PENCEGAHAN
Pastikan korang gunakan kunci tambahan yang berkualiti tinggi (stereng lock, gear lock) sebagai pencegahan dari kecurian. Parking di tempat yang selamat. Jika parking kereta di parking yang berbayar, jangan tinggalkan tiket parking dalam kereta.
2. By Pass Remote Kereta
Cara by pass remote kereta ni katanya dilakukan oleh pencuri yang pernah pegang kunci kereta kita. Dia akantransfer remote kereta kita kepada remote kereta lain. Bila kita kunci kereta, remote kita tak berfungsi sebab dah ditransfer ke remote yang lagi satu. Tentu korang sedia maklum kereta Viva bila tekan button lock dia tak ada bunyi melainkan korang pasang buzzer sendiri. Jadi tentu ada yang tak perasan remote tak berfungsi terutama yang tak pakai buzzer.
Aku dah try transfer remote ni, memang jadi.
Korang boleh cuba. Dapatkan 2 kunci perodua (1 kunci kereta asal, 1 kunci kereta Viva/Myvi lain).
Letak kunci asal. |
Masukkan kunci kereta yang asal kat tempat kuncinya. Putar pada posisi ACC. Okay kat sini tricky sikit. Dari posisi ACC tu korang kena putar mainkan dari ACC -> ON -> ACC -> ON -> ACC -> ON.
Dalam masa yang sama korang putarkan ACC -> ON berkali-kali tu, remote yang kedua (remote kereta lain) korang tekan button warna merah. Pastikan kereta kedua ni korang tak letak berdekatan, kalau tak alarm kereta kedua akan bunyi sebab korang tekan button merah tu.
Tekan remote yang lagi satu |
Ok sambung tekan button merah pada remote kereta lain sambil putarkan kunci asal ACC -> ON. Korang akan dengar hon kereta asal berbunyi, so korang terus buat sampai hon berbunyi sebanyak 3 kali. Done.
Sekarang cuba korang lock kereta guna kunci asal. Mesti tak boleh. Cuba lock guna kunci kereta lain tu, mesti boleh. Kalau korang dah master, dalam 10 saat je boleh transfer remote.
Untuk kembalikan remote korang ke asal, kena ulang semula langkah yang sama, cuma kali ni putarkan ACC -> ON sambil tekan button merah remote kereta asal. Buat sampai hon berbunyi 3 kali. Done.
Padah bila kereta kita orang lain boleh bukak, macam-macam boleh hilang. Smartag, touch n go, gps, tidak terkecuali hilang kereta sekali.
PENCEGAHAN
Jangan mudah memberi kunci dan remote kereta korang kat orang sebarangan. Aku tengok orang kita mudah je hulurkan kunci kereta kat bangla-bangla carwash, kemudian pergi minum kat kedai tunggu kereta siap cuci.
Setakat ni ja aku kongsikan.
Setakat ni ja aku kongsikan.