Pelakon Kristen Stewart nampaknya tidak dialu-alukan pada majlis tayangan perdana filem terbaru Robert Pattinson berjudul Cosmopolis di New York, pada 13 Ogos ini.
Memang sukar bagi Robert Pattinson untuk menerima hakikat bahawa kekasih hatinya, Kristen Stewart telah mencuranginya apabila menjalinkan hubungan cinta dengan pengarah bernama Rupert Sanders. Malah, dia ingin benar bertemu dengan pengarah filem Snow White and the Huntsman itu.
Hubungan pasangan Robert Pattinson dan Kristen Stewart yang bertahan selama tiga tahun akhirnya retak, berikutan dengan kecurangan Stewart yang telah tampil membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka semalam.
`Saya cintakan dia , saya cintakan dia, saya minta maaf’ itu permohonan maaf daripada Kristen Stewart kepada kekasihnya, Robert Pattinson selepas aktres tersebut ditangkap berlaku curang dengan pengarah filem, Rupert Sanders.
Permohonan maaf itu susulan gambar antara Stewart, 22 dan pengarah filem Snow White And The Huntsman, Rupert sedang berpeluk dan bercium berjaya dirakamkan oleh paparazi.