"Robert ingin mengetahui apa yang terjadi sebenarnya di antara dirinya dengan Kristen," satu sumber memberitahu Showbiz Spy.
Robert mahu berbuat demikian kerana dia tahu Kristen tidak akan seratus peratus jujur dengannya. Untuk mengelakkan hal tersebut daripada berlaku, Robert bercadang untuk bersemuka dengan Kristen.
"Kristen telah mengkhianati kepercayaannya dengan berlaku curang. Jadi, dia (Robert) yakin Kristen pasti dia tidak akan menceritakan atau menjelaskan perkara tersebut dengan sejujurnya," kata sumber itu lagi.
Sebelum ini, saudara ipar Rupert, Leopold Ross telah memberitahu sebuah media bahawa hubungan Kristen dengan Rupert sebenarnya sudah tercetus sejak berbulan-bulan lamanya.