SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Kristen Stewart Dilarang Hadir Preview Filem Pattinson, Cosmopolis

Hiburan : Gambar | Kristen Stewart Dilarang Hadir Preview Filem Pattinson, Cosmopolis


Pelakon Kristen Stewart nampaknya tidak dialu-alukan pada majlis tayangan perdana filem terbaru Robert Pattinson  berjudul Cosmopolis di  New York, pada 13 Ogos ini.
Menurut  Radar Online, pengawal keselamatan telah diminta supaya menghalang Stewart daripada berada dalam acara red  carpet ketika Pattison dijadual berada di situ.

“Keputusan itu dibuat selepas Pattinson enggan menemuinya,’’ menurut Radar Online.
Ia juga bagi mengelakkan Stewart menggunakan peluang berkenaan untuk mendekati Pattinson dan memujuknya.
“Penerbit filem tidak mahu drama seperti itu berlaku,’’ ujar sumber kepada Radar Online.
Selain itu, jika Stewart hadir ke tayangan berkenaan, dikhuatiri dia akan mengalihkan tumpuan orang ramai terhadap filem berkenaan.

Dalam pada itu, majalah People melaporkan Pattinson kini berada dalam keadaan kecewa dan patah hati.
Malah dia dilaporkan mengambil minuman keras dan bergantung kepada rakan-rakannya untuk mengatasi perasaan marah itu.
Hubungan Pattinson dan Stewart menjadi keruh selepas Stewart dirakamkan oleh paparazzi berlaku curang terhadap kekasihnya itu.
Dia dilaporkan menjalinkan hubungan sulit dengan penebit filem, Rupert Sander, hinggakan melukakan hati Pattinson.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir