SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Aktiviti Pnp Prasekolah. Modul bertema 40 Minit > Tema Makanan ( Buah dan Sayur )

Aktiviti Pnp Prasekolah. Modul bertema 40 Minit > Tema Makanan ( Buah dan Sayur )

Salam Semua...
post kali ni berketan cerita aktiviti mengajar yang c.z lakukan 
tadi kena observe untuk muzik dalam prasekolah... pensyarah muzik datang observe
berdebar jugak la. tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan baik
namun cuma satu dua je kanak-kanak yang buat perangai almaklumla ada tetamu yang datang
jadi mula la nak tunjuk perangai

slot yang c.z jalankan untuk diselia ialah modul bertema 40 minit dibawah tema makanan ( buah dan sayur ). jom baca ringkasan aktiviti yang c.z sediakan berdasarkan rancangan pengajaran slot tadi


Induksi: 
Kotak Beracun : 
-murid berada dalam bulatan bersama dengan guru. guru bertanya dan meminta murid memberi jawapan apa yang terdapat dalam kotak tersebut. guru menerangkan bagaimana cara bermain kotak beracun kepada muzik.
-kotak misteri bergerak dan bersilih ganti dari satu kanak-kanak kepada kanak-kanak lain. apabila muzik dihentikan, kanak-kanak yang memegang kotak tersebut perlu membuka kotak tersebut dan mengambil satu gambar buah dan memberikan kepada guru
-permainan diteruskan sehingga semua gambar yang diletakkan dalam koatk misteri tersebut habis dikeluarkan

Langkah 1: Bersoal Jawab
Dengan menggunakan gambar yang murid keluarkan dari kotak beracun ketika set induksi, guru menunjukkan gambar buah tersebut dan bersoal jawab tengan buah tersebut. Soalan yang boleh digunakan untuk bertanya ialah ini buah apa?, Siapa pernah rasa buah ini?, Apa rasa buah ini?, Siapa yang mencipta buah ini?.
Langkah 2 : Demonstrasi
murid diletakkan dalam barisan kumpulan A, B dan C di hadapan guru
guru menunjukkan boneka lidi yang telah disiapkan oleh guru sebelum pnp bermula
murid ditunjukkan bagaimana mewarnakan gambar buah dengan betul oleh guru

Langkah 3: Membuat Boneka Lidi
Murid mewarnakan gamabr buah dengan warna yang sesuai
setelah siap, murid melekatkan batang lidi dengan menggunakan pita pelekat pada bahagian belakang gambar tersebut
Penutup: Nyanyian lagu
Murid membaca lirik lagu "Saya Buah" dengan bimbingan guru
Guru menyanyi dan murid mengikut dengan bimbingan guru
Murid menyanyi lagu tersebut
Beberapa orang murid ke depan dan bermain alat muzik dengan bimbingan guru manakala kanak-kanak lain menyanyikan lagu
Murid ditanyakan perasaan ketika aktiviti sama ada gembira atau sebaliknya



murid diberikan gambar buah dan perlu mewarnakannnya seperti yang ditunjukkan guru







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir