
Menerusi laporan mStar online, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad berkata, Aidil tidak sepatutnya terlalu mementingkan bola sepak dan memintanya membuat pertimbangan tentang perkara yang lebih penting dalam hidupnya iaitu rumah tangga dan anak-anak.
"Tidak berdosa kalau tak main bola sepak tetapi soal yang dibincangkan dalam mahkamah ini adalah berkaitan dengan hidup dan mati.
"Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat seperti mainan. Plaintif (Aidil) perlu buat pengorbanan dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kes ini," katanya.
Difahamkan, Aidil tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah kerana sedang menjalani latihan bola sepak di Austria selama dua minggu dan hanya akan kembali ke tanah air sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.