Kemelut yang melanda rumah tangga selebriti, Rita Rudaini nampaknya semakin menemui jalan buntu apabila Rita dalam kenyataan terbarunya kepada mStar Online menegaskan bahawa dia tidak berhasrat untuk menyelesaikan masalah rumah tangga bersama suaminya walaupun selepas dinasihati oleh mahkamah.
Rita menganggap bahawa perbincangan secara peribadi tidak lagi diperlukan memandangkan kes mereka sudah pun dibawa ke mahkamah.
“Perbincangan secara peribadi rasanya tidak perlu kerana kes kami telah pun dibawa ke mahkamah.” – Rita Rudaini dipetik dari mStar Online.
Dalam pada itu, Rita memberitahu yang dia dan anak-anak bakal pulang berhari raya di kampung halamannya, Perlis dan Rita juga sudah pun membuat persiapan awal untuk anak-anaknya beraya.