Mujur tidak mengalami apa-apa kecederaan, musim hujan benar-benar memberikan ujian pada para pemandu diluar sana.
Terbaru, kelewatan Johan As’ari dan Nabila Huda telah dijelaskan apabila difahamkan mereka berdua mengalami kemalangan kereta ketika menuju ke Damansara untuk menghadiri Majlis Anugerah Skrin 2012 selepas selesai sesi penggambaran. Namun begitu, keduanya ketika ditemui tidak mengalami apa-apa kecederaan dan hanya terkejut selepas kejadian yang berlaku.
