Kenyataan Johan di laman Twitter-nya telah mengundang pelbagai persoalan dari pelbagai pihak samada ianya hanyalah gimik ataupun memang benar mereka sedang bercinta.
Dalam perkembangan terbaru, melalui Media Hiburan, Nabila Huda memberitahu bahawa dia sendiri baru membaca dan terkejut dengan status Twitter Johan.
“Baru pagi tadi saya membacanya dan saya terkejut sangat. Apa yang ditulisnya bermaksud dia ikhlas pada saya kerana dia tahu saya juga ikhlas dengannya.”
Nabila turut mengaku bahawa apa yang ditulis Johan sememangnya adalah perkara yang sedang terjadi di antara mereka berdua.
“Apa yang ditulisnya juga, itulah yang berlaku antara kami. Dia memang sayangkan saya dan kami saling menyayangi sebagai seorang kawan yang baik. Saya bersyukur kerana dia menghargai saya. Saya banyak mengajar dan berkongsi banyak perkara dengannya.”
Tidak menafikan, Nabila berharap agar peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.
“Susah nak ungkap tentang perhubungan kami. Saya hanya ikut ketentuan atau dalam erti kata lain ‘just go with the flow’. Doakan sahaja hubungan kami menjadi.” – Nabila Huda dipetik dari Media Hiburan.
Baguslah kalau begitu, ini adalah perkara yang baik untuk dikongsi. Semoga Nabila dan Johan sentiasa bahagia bersama. via OHBulan & Media Hiburan