SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Hiburan : Gambar | Nabila dan Johan Kemalangan Kereta, Nafi Ada Hubungan Kekasih

Hiburan : Gambar | Nabila dan Johan Kemalangan Kereta, Nafi Ada Hubungan Kekasih


Mujur tidak mengalami apa-apa kecederaan, musim hujan benar-benar memberikan ujian pada para pemandu diluar sana.
Terbaru, kelewatan Johan As’ari dan Nabila Huda telah dijelaskan apabila difahamkan mereka berdua mengalami kemalangan kereta ketika menuju ke Damansara untuk menghadiri Majlis Anugerah Skrin 2012 selepas selesai sesi penggambaran. Namun begitu, keduanya ketika ditemui tidak mengalami apa-apa kecederaan dan hanya terkejut selepas kejadian yang berlaku.

“Pada waktu kejadian itu, biasalah, kami sedang ‘excited’ untuk menuju ke sini (Hotel Royal Bintang). Namun disebabkan hujan, jalan menjadi licin dan secara tiba-tiba, kereta yang dipandu Johan tergelincir,” jelas Nabila mengenai kejadian tersebut.
Kejadian yang berlaku di Penchala Link itu nyaris mencederakan Nabila apabila sebelah kiri kereta Johan mengalami kerosakan yang teruk.
“Saya masih lagi terkejut dengan perkara yang berlaku dan ini merupakan kali pertama saya dan juga Johan mengalami kemalangan kereta,” tambah Nabila lagi.
Dalam pada itu, Nabila menafikan bahawa dia dan Johan telah putus cinta dan menegaskan mereka berdua hanya berkawan baik sahaja.
“Saya hairan, macam mana boleh timbul cerita putus sedangkan kami berdua hanya berkawan? Masalah dengan keluarganya juga tidak pernah timbul dan tak logik,” tegas Nabila.
“Macam mana boleh kena ‘reject’ dengan keluarga Johan sedangkan saya sendiri tidak pernah bertemu mereka?”
Nabila yang kesal dengan khabar angin yang tersebar meminta agar orang berhenti bercerita perkara negatif terhadap dirinya.
via Ohbulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir