Adakah anda sedang berkira-kira untuk memohon pinjaman peribadi dari bank?
Jika ye, artikel ini adalah sesuatu yang wajib anda baca sebelum anda buat keputusan muktamad.
PINJAMAN PERIBADI YANG KURANG PINTAR
Hari ini hampir semua kakitangan awam memiliki pinjaman peribadi saya kira.
Kita ciptakan pelbagai alasan untuk pinjaman yang satu ini.
Saya kira antara tindakan yang kurang pintarnya buat pinjaman peribadi untuk tujuan berikut ;
1. Buat pinjaman peribadi untuk Tabung Kecemasan anda dan simpan dalam ASB, bila nak pegi Sogo atau Singapura kita dah mula rasa ini kecemasan namanya.
2. Ubah suai kediaman supaya kelihatan macam rumah boss kita.
3. Tambah kabinet dapur, gazebo dan beli ikan untuk kolam kita.
4. Bayar deposit rumah kediaman yang ditempah.
5. Bayaran muka kereta Exora dan Avanza untuk keluarga selesa
6. Mula berniaga goreng pisang atau jadi ushawan sebagai modal perniagaan.
7. Pergi melancong ke Bandung untuk jumpa Luna Maya.
8. Jadikan modal beli emas hingga anda lemas.
9. Modal hantaran meminang anak Kak Mah dan kenduri tujuh dulang.
Jangan cipta hutang untuk beli perkara yang tiada nilai tambah kewangan. Kurangkan bergaya, orang kacak tidak perlukan ‘spoiler’ kereta.
Wallahu Allam.
Ps : Hutang Bawa Kita Ke Belakang