SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Kes Soalan Bocor Upsr : Kertas Matematik, Bahasa Tamil Batal, Perlu Duduki Semula 9 Oktober

Kes Soalan Bocor Upsr : Kertas Matematik, Bahasa Tamil Batal, Perlu Duduki Semula 9 Oktober

PUTRAJAYA: Lembaga Peperiksaan (LP) hari ini mengesahkan kertas Ujian Matematik dan Bahasa Tamil bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 telah didapati bocor dan dibatalkan.
UPSR bocor: Kertas Matematik, Bahasa Tamil batal, perlu duduki semula 9 Okt

Perkara tersebut diumum Ketua Pengarah Pelajaran,  Datuk Dr. Khair Mohammad Yusuf dalam sidang media khas di Putrajaya petang tadi.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran telah menetapkan tarikh baru bagi kedua-dua kertas ujian tersebut pada 9 Oktober.

Dr Khair berkata, tarikh tersebut diputuskan selepas mengambil kira cuti umum Hari Raya Aidil Adha serta aspek logistik yang melibatkan percetakan dan pengedaran.

Beliau turut memberi jaminan tiada lagi kes kebocoran soalan mata pelajaran UPSR.

“Kita yakin tidak ada lagi kebocoran, kita dah lakukan siasatan, semua input dan sehingga semalam inilah kertas yang diumumkan berlaku kebocoran, kertas Matematik dan Bahasa Tamil.

“Tindakan akan diambil sekiranya berlaku sebarang  kecuaian kepada tugas yang diberikan mengikut peraturan disediakan,” ujarnya.

Dr Khair menambah, sebagai langkah serta-merta, pegawai dalam Lembaga Peperiksaan turut ditukar.

“Pertukaran ini untuk memantapkan lagi organisasi dan pengendalian, kita sentiasa lakukan tapisan untuk pilih pegawai yang layak,” tambahnya lagi.

Serentak kebocoran soalan UPSR, semua guru besar serta guru diarahkan supaya mengenalpasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang memerlukan.

Sebelum ini, dua kertas soalan UPSR, kertas Bahasa Inggeris dan Sains juga didapati bocor dan perlu diduduki semula 30 September ini.


sumber :http://www.astroawani.com/news/show/upsr-bocor-kertas-matematik-bahasa-tamil-batal-perlu-duduki-semula-9-okt-44476?cp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir