Kekurangan kualiti tidur yang cukup boleh mendatangkan kesan dalam hampir semua aspek dalam kehidupan, segalanya daripada kesihatan, hingga ke mood, keselamatan dan prestasi kerja.
Dengan sedikit pengetahuan, perancangan dan kesabaran, kita boleh belajar cara untuk lena dengan cepat.
1. Bersenam di siang hari
Kita semua tahu senaman dapat meningkatkan kesihatan kita, untuk pengetahuan anda senaman juga dapat membantu anda tidur dengan mengurangkan tekanan. Peringaatan, jangan bersenam dalam 3 jam sebelum waktu tidur, adrenalin semasa anda bersenam akan
membuatkan anda berjaga.
2. Mengambilan air dengan secukupnya
Kita semua tahu akan kafein membuatkan sukar untuk lena, tetapi pengambilan air suling juga penting, pastikan anda mengambil 8 gelas air yang disyorkan itu pada selang waktu yang berlainain sepanjang hari, dan bukannya meneguk terlalu banyak air sebelum tidur. Anda pasti tidak mahu tidur berkualiti anda terganggu oleh terlalu banyak keinginan untuk ke bilik air!
3. Elakkan tidur waktu siang
Cuba untuk tidak tidur pada siang hari kerana tidur pada siang hari akan membuatkan anda sukar untuk tidur pada waktu malam. Jika memerlukan, hadkan tidur pada waktu siang selama 20 minit.
4. Pemakanan di waktu malam
Ambil makanan malam yang ringan, makanan yang berat dan berlemak membuatkan sukar untuk dihadam dan perut anda perlu bekerja lebih keras untuk mencernakannya. Makananan yang terlalu manis juga menggalakkan hiperaktiviti dan seharusnya patut dielakkan terutamanya pada waktu malam.
Tetapi jangan tidur dalam keadaan lapar, Kelaparan membuatkan anda berjaga.
5. Persekitaran dan suasana bilik tidur.
Alihkan peralatan elektronik, tutup TV dan alihkan komputer serta peralatan elektronik yang lain daripada bilik tidur anda. Segala perkakas ini akan membuatkan anda untuk mula membuat aktiviti yang tidak membantu rehat anda dan membuatkan anda berjaga. Bilik tidur adalah untuk tidur, bukan kerja dan melayari internet.
6. Rilekskan badan
Lakukan regangan lembut atau seakan-akan yoga. Lakukan aktiviti rileks yang progresif, regangkan setiap otot dalam kiraan sepuluh kemudian lepaskan. Ianya akan melegakan badan yang seharian berkerja dan minimakan sengal otot.
7. Kualiti tempat tidur
Dapatkan tilam yang selesa dan menyokong badan anda. Ianya pelaburan yang berbaloi, kerana anda akan menghabiskan satu per tiga kehidupan anda dengan tidur. Gunakan selimut yang selesa dan lembut beserta ‘comforter’.
Tempat tidur yang selesa membantu anda tenangkan badan untuk lena dengan cepat. Selamat Mencuba!