SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » 13 Tips Kenalpasti Pengasuh/ Nursery Yang Baik

13 Tips Kenalpasti Pengasuh/ Nursery Yang Baik

Taska Atau Pengasuh?

Kita banyak mendengar pelbagai kes dan kemalangan yang berlaku di taska mahu pun di rumah pengasuh. Ini sangat membimbangkan ibu bapa yang bekerja dan terpaksa menghantar anak mereka di taska atau di rumah pengasuh. Ramai ibu bapa yang sangat teliti dalam memilih taska untuk anak mereka, namun ada juga yang tiada pilihan langsung. Jadi terpaksa menghantar anak-anak ke taska yang tidak memenuhi kehendak mereka.

13 Tips Kenali Ciri Taska Atau Pengasuh Yang Baik. Nursery?

Apakah ciri-ciri taska yang baik?

1. Taska mestilah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini bagi memastikan taska tersebut mengikut standard yang ditetapkan dan menepati piawaian dalam penjagaan kanak-kanak.
2. Kawasan taska adalah selamat. Ini amatlah penting. Lihat kawasan sekeliling, adakah ia kawasan perumahan atau kawasan perkilangan? Bagaimana pula dengan keadaaan jalan raya yang berhampiran dengan taska. Itu semua perlu diambil kira.
3. Memiliki tangga keselamatan, pintu kecemasan dan alat pemadam kebakaran. Ini juga sangat penting. Taska perlu mendapat kelulusan pihak Majlis Negeri dan juga Bomba. Ini bagi memastikan bahawa jika berlaku kecemasan seperti kebakaran, taska berkenaan bersedia untuk mengahdapi kemungkinan.
4. Taska bersih bagi menjamin kesihatan anak-anak. Penyakit berjangkit seperti penyakit kaki, tangan dan mulut selalu berlalu di kalangan kanak-kanak. Ianya mudah merebak jika kawasan tempat anak-anak tinggal dan diletakkan tidak dijaga dengan baik dan tidak bersih.
Memilih pusat jagaan atau taska yang baik bukan sahaja tertumpu kepada persekitaran atau suasana yang bagus dan menyakinkan. Aset paling penting yang perlu mama titik beratkan adalah pemilihan pengasuh atau guru kepada anak anda.

Bagaimana anda mengenali ciri-ciri pengasuh yang baik untuk anak anda?

Ikuti tip ini.
1)      Pengasuh mengamalkan cara hidup Islam yang syumul.
Sebagai seorang Muslim, tentu anda mahu pengasuh anak anda seorang Islam. Ini adalah amat penting kerana penampilan, perwatakan dan tingkah laku pengasuh sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada anak. Pengasuh yang baik akan sentiasa memelihara aurat dan akhlaqnya. Dia bukan sahaja memakai tudung dan berpakaian sopan yang menutup aurat, tetapi dia juga berilmu. Pengasuh boleh membaca doa-doa harian yang mudah, membaca al-qur’an dan berzikir.
2)  Pengasuh mengetahui tentang penjagaan bayi dan kanak-kanak.
Ilmu Pendidikan awal kanak-kanak amatlah penting kepada seorang pengasuh. Bukan sahaja dia tahu menukar lampin dan membuat susu, malah dia juga tahu bagaimana menangani anak yang bergaduh atau mengendalikan anak yang menggigit.
3)     Anak anda selesa dan suka kepada pengasuhnya.
Ini mungkin mengambil masa yang lama untuk anak anda mesra dan selesa ketika berada bersama pengasuh. Mama perlu ingat, walau pengasuh yang terbaik sekalipun tidak dapat menggantikan tempat seorang mama. Selepas beberapa hari anak anda bersama pengasuhnya, anda mesti dapat mengesan adakah anak anda selesa dan mesra bersama pengasuh atau tidak. Jika anak masih tidak mahu kepada pengasuhnya, ini mungkin bermakna pengasuh tidak dapat memberikan kemesraan sewajarnya dan personaliti pengasuh yang tidak baik.
4)   Pengasuh gembira apabila melihat anak anda.
Mama akan dapat lihat jika pengasuh benar-benar gembira menjaga dan mengasuh anak anda dan anak anda juga dapat merasakannya. Kasih sayang dan kemesraan akan terserlah ketika mereka bersama-sama.
5)  Pengasuh akan membantu anda menyelesaikan sebarang masalah dan memberikan penjagaan yang sewajarnya kepada anak anda.
Jika anak anda susah untuk makan, pengasuh akan cuba menarik perhatian anak untuk makan seperti meletakkan permainan berhampirannya untuk menjadikan waktu makan anak lebih menarik. Jika anak anda tidak mahu tidur, pengasuh akan bertanya kepada anda nasihat tertentu. Berkerjasama dengan mama dan melakukan pelbagai usaha dalam mengasuh anak anda adalah petanda bahawa pengasuh melakukan kerjanya dengan serius.
6)    Pengasuh menghormati masa anda.
Pengasuh yang baik akan membuka pusat jagaan sebelum anda sampai atau memberitahu sebarang kemungkinan kepada anda seawal yang mungkin. Jika berlakunya tiada pengasuh pada satu-satu masa, pengganti akan dicari.
7)     Pengasuh akan sentiasa berkomunikasi dan berhubung.
Pengasuh yang bertanggungjawab akan memberitahu tentang sebarang perkembangan dan apa yang berlaku sepanjang hari sewaktu di dalam penjagaannya. Mungkin dengan hanya secebis nota yang diselitkan di beg anak, mama tentu rasa dihargai dan menghargai usaha pengasuh.
8) Anak anda bersih.
Kebersihan petanda kepada pengasuh yang baik. Sebagaimana anda meninggalkan anak dalam keadaan yang bersih, begitu juga anda mengharapkan pengasuh akan menyerahkan kembali anak anda dalam keadaan yang bersih tanpa meninggalkan sebarang kekotoran pada anak.
9)        Kemalangan jarang berlaku.
Sudah tentu kemalangan kecil seperti terjatuh atau bergaduh dengan kawan akan berlaku. Tetapi, pengasuh yang baik akan memastikan keselamatan anak anda adalah keutamaannya. Pengasuh akan sentiasa mengawasi anak ketika bermain dan memastikan pagar sentiasa ditutup dan berkunci.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir