SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Kes Soalan UPSR Bocor : Bocor di antara pencetak dan sekolah

Kes Soalan UPSR Bocor : Bocor di antara pencetak dan sekolah

KUALA LUMPUR: Kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ada kemungkinan bocor ketika proses pemindahan kertas peperiksaan dari pencetak ke sekolah.

“Sesiapa yang mengendalikan kertas-kertas peperiksaan ini tidak mempunyai integriti,” kata

presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar.

“Kita perlu melihat semula ‘standard operating procedure’ dan memastikan mereka yang mengendalikan kertas-kertas peperiksaan ini mempunyai integrity kerana ianya adalah posisi yang berisiko tinggi.

“Ini sangat memalukan dan telah memberi impak kepada prestij ke atas negara ini. Bilakah kita akan belajar?,” kata Akhbar, merujuk kepada insiden kertas peperiksaan bocor yang pernah berlaku pada lepas, bukan sahaja pada kertas peperiksaan UPSR tetapi juga peperiksaan kebangsaan yang lain.

Akhbar berharap agar tindakan keras akan dikenakan ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab itu, dan perlu dipenjarakan, untuk memberi contoh kepada negara.

Pendapat Akhbar dipersetujui Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed yang turut berkata pesalah sepatutnya dikenakan hukuman setimpal kerana ini bukan kali pertama kertas peperiksaan didapati bocor.

“Bagaimana pelanggaran sekuriti yang meluas ini boleh berlaku? Ada sesuatu yang tidak kena pada kawalan sekuriti di jabatan peperiksaan,” katanya kepada Astro AWANI dalam satu temuramah pada Khamis.

Nur Jazlan turut berkata yang dia akan bertanyakan kepada jeneral auditor untuk menyiasat perkara ini.

Pada Rabu, Lembaga Peperiksaan mengumumkan tentang kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditunda ke September 30 selepas kertas peperiksaan tersebut dilaporkan bocor di media sosial.

Kertas Sains itu sepatutnya  diduduki pelajar-pelajar Tahun Enam pada Khamis.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memohon maaf kepada pelajar-pelajar Tahun Enam dan ibubapa mereka tentang insiden kertas peperiksaan bocor dan beliau turut berjanji untuk menyiasat perkara tersebut.

Pada Khamis, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 didapati bocor. Insiden ini telah disahkan oleh Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh di laman Twitternya pada Khamis.

Kata Idris, pelajar-pelajar yang dijadualkan untuk menduduki peperiksaan pada hari ini akan menduduki semula kertas Bahasa Inggeris pada Sept 30.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Mohd Isa berkata pihak polis sedang menyiasat insiden di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.  Buat masa ini, tiada tangkapan dilaporkan.

Terbaru, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) setakat ini menyifatkan isu kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai kes polis tetapi sedia untuk menyiasat sekiranya melibatkan unsur rasuah.

Seramai 470,000 pelajar di seluruh negara mendaftarkan diri untuk menduduki peperiksaan UPSR di 8,300 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir