SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Cerita Artis

Home » , » Soalan Exam,....Hehehe..Jom Tengok....Prasekolah

Soalan Exam,....Hehehe..Jom Tengok....Prasekolah


Jawapan Soalan Struktur Set 1

1)    Maksud Penilaian
·         Proses atau prosedur bagi mendapatkan maklumat dan membuat pertimbangan tentang hasil dan standard pembelajaran
(meliputi pengujian, penilaian dan pengukuran)


2)    Objektif penilaian autentik
·         Mengesan perkembangan secara menyeluruh
·         Melihat perubahan pada perkembangan setiap murid
·         Membuat perancangan aktiviti
·         Meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan
·         Mempelajari keperluan murid (kelemahan dan kekuatan murid)

3)     Kelebihan mengumpul bahan melalui video (pemerhatian)
·         Memfokuskan perkara yang ingin diperhatikan
·         Mempunyai rekod (bukti@ evidens) yang kukuh
·         Dilaksankan dalam suasana tidak formal
·         Kanak-Kanak tidak tertekan dengan apa yang dilaksanakan guru
·         Sesuai dengan masa dan tempat
·         Memberi gambaran tentang minat dan perkembangan kanak-kanak yang lebih mendalam (yakni tidak dapat diperhatikan dengan cara lain)

4)    Ciri-Ciri rekod berterusan
·         Mempunyai masa tertentu : cth 5 – 10 Minit
·         Setiap perkara @ ucapan murid dicatatkan pada pemerhatian tersebut
·         Dilaksankan dalam bentuk narrative
·         Boleh dilaksanakn ke atas individu dan kumpulan

5)    Kepentingan Portfolio
·         Memahami dan menjelaskan hasil kerja murid
·         Memotivasikan pelajar dan meningkatkan pembelajaran mereka melalui refleksi dan penilaian kerja sendiri
·         Menilai kemahiran,hasil kerja dan pengetahuan dalam suasana bilik darjah seharian
·         Penilaian bercorak individu
·         Merekodkan perkembangan dan pencapaian keupayaan kanak-kanak bukan kegagalan mereka

6)    Bagaimana guru menganalisis data
·         Hasil kerja murid yang terpilih sahaja dimasukkan dalam portfolio
·         Catatan dibuat pada hasil kerja murid setelah dianalisis dan dinilai
·         Membaca dengan teliti semua data yang diperoleh daripada hasil pemerhatian
·         Membuat analisis terhadap data dengan mengambil kira aspek-aspek penting dalam tunjang
·         Membuat catatan terhadap maklumat yang diperoleh

7)    3 Kepentingan guru membuat laporan
·         Membekalkan maklumat kepada ibu bapa dan pihak sekolah
·         Data akan mudah dilihat dan ditunjuk secara sistematik
·         Memudahkan urusan penempatan melalui analisis data yang dibuat
Jawapan Soalan Esei Set 1
1)    Perkara yang perlu dirancang sebelum melaksanakan penaksiran
·         Tujuan mentaksir
·         Tahu apakah konstruk ditaksir
·         merujuk KSPK
·         Tentukan bila hendak mentaksir
·         Tentukan Insrumen (aktiviti @ strategi ) yang akan digunakan
·         Tentukan Tempoh pemerhatian

2)    5 Kelemahan memungut data secara temubual
·         Kesahan maklumat tidak dapat dikenalpasti
·         Tidak semua maklumat dapat dikumpul
·         Sukar mendapat kerjasama daripada responden
·         Melibatkan masa yang panjang
·          
3)    5 Perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan senarai semak
·         Sesuatu tingkahlaku dapat diperhatikan
·         Kekerapan sesuatu tingkahlaku berlaku
·         Sesuatu yang dikehendaki telah berlaku
·         Konsruk yang ingin dinilai
·         Standard prestasi dan kriteria ditulis dengan jelas
·         Instrumen dan aktiviti yang digunakan
·         Skor digunakan angka @ simbol


4)    Perkara utama semasa membuat analisis
·         Mengambil kira aspek-aspek dalam tunjang
·         Membaca dengan teliti semua data yang diperoleh daripada hasil pemerhatian
·         Catatan dibuat ke atas setiap hasil kerja murid yang telah dipilih setelah dianalisis dan dinilai
·         Membuat rumusan kepada pemerhatian yang dilaksanakan
·         Mencadangkan bimbingan / peneguhan yang perlu diambil
5)    Mengapakah tindakan susulan penting kepada penilaian
·         Meningkat kemahiran murid yang mencapai matlamat @ konsruk yang dinilai
·         Memberi bimbingan (pemulihan) kepada murid yang lemah
·         Memperbaiki teknik pengajaran
·         Membantu meningkatkan mutu pengajaran
·         Menentukan aras kemajuan murid dalam pembelajaran
·         Melakukan aktiviti yang sesuai dengan penilai kemudian dibuat untuk melihat perkembangan seterusnya
Jawapan Soalan Struktur Set 2
1)    Kepentingan penaksiran kepada kanak-kanak
·         Memberi panduan kepada ibu bapa merancang sesuatu yang berfaedah untuk anak-anak
·         Menjadi alat pengukur yang menentukan siapa berjaya @ tidak
·         Memberi motivasi kepada murid supaya berusaha dengan lebih gigih
·         Memberi maklumat kepada pihak yang terlibat adanya kemajuan murid bagi memilih bahan p&p
2)    Senaraikan 5 masalah guru dalam membuat penaksiran
·         Murid terlalu ramai
·         Tekanan  waktu dan masa
·         Kurang kemahiran melaksanakn kemahiran
·         Tidak membuat tindakan susulan
·         Tidak terarah kepada sesuatu konstruk
3)    Proses mengumpul maklumat
·         Pemerhatian – (rekod anekdot, rekod berterusan, skala kadar)
·         Temubual
·         Hasil kerja murid – Portfolio
4)    Definisi portfolio
·         Koleksi yang berguna yang terdiri daripada hasil kerja kanak-kanak yang mempamerkan usaha, program, pencapaian mereka dalam satu @ lebih bidang kurikulum


5)    Panduan yang perlu diikuti semasa memberi laporan kepada ibu bapa
·         Membuat perjumpaan dengan ibu bapa
·         Menggunakan ungkapan positif
·         Mencadangkan penambahbaikan / tindakan susulan
·         Memberi Laporan penilaian bertulis secara lengkap
6)    5 Etika penaksiran yang perlu diikuti guru
·         Segala hasil pemerhatian dibincangan dengan pihak tertentu sahaja
·         Rekod murid tidak boleh dipamerkan
·         Minta kebenaran daripada ibu bapa untuk mengambil gambar @ merakam video murid berkenaan
·         Pastikan segala rekod diberikan kepada ibu bapa pada akhir tahun
Jawapan Soalan Esei Set 2
1)    Langkah yang perlu dititkberat melalui pemerhatian
·         Tahu konstruk yang ingin diperhatikan @ ditaksir
·         Rujuk standard prestasi dan kriteria dalam KSPK
·         Tentukan bila hendak mentaksir
·         Tentukan tempoh pemerhatian
·         Perlu mengambil kira halangan yang bekal dilalui
·         Menggunakan langkah permerhatian yang sistematik
·         Membuat pemerhatian secara berterusan
·         Pemerhatian secara autentik tentang kanak-kanak yang ingin dinilai
2)    Rancang garis panduan untuk merekod hasil kerja
·         Menggunakan penilaian formatif dan penilaian sumatif
·         Melihat perkembangan murid melalui hasil kerja murid tersebut
·         Penilaian dibuat dari pelbagai dimensi
·         Penilaian dibuat melalui hasil kerja metakognitif dan kerjasama dalam kumpulan
·         Refleksi yang nyata tentang hasil pembelajaran yang dikenalpasti dalam kurikulum sebenar yang mana dipelajari oleh murid
3)    5 Perkara yang menjadi penghalang kepada penganalisisan data yang tepat
·         Kesilapan membuat pemerhatian
·         Pemerhatian yang tidak berterusan
·         Hasil kerja murid tidak mengikut konsruk yang diperlukan
·         Guru tidak membuat semakan bagi setiap hasil kerja murid
·         Guru tidak mempunyai kemahiran, pengetahuan dan kepakaran pada ilmu pentaksiran
·         Kekurangan dari segi waktu dan tenaga

0 baca dan rajin ulas :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir