SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » Kajian Tindakan ( ^,^ )

Kajian Tindakan ( ^,^ )

Assalamualaikum semua....apa khabar anda semua hari ini????diharapkan kalian semua berada dalam keadaan yang terbaik serta dalam rahmat dan lindunga daripadaNya. semestinya anda tertanya-tanya kenapa tajuk post adalah Kajian Tindakan.betul tak????

almaklumlah sudah masuk semester terakhir ini, sudah semestinya perlu memikirkan tentang tajuk dan bidang kajian yang akan dalam kajian tindakan. walaupun kajian tindakan tersebut perlu dihantar pada semester terakhir iaitu pada semester 8 antara Jun 2011 sehingga November 2011, tapi itu tidak bermaksud segalanya perlu dimulakan apabila bermulanya semester 8. takut-takut jika dimulakan dalam keadaan yang lambat mungkin kualiti yang dihasilkan adalah tidak pada tahap yang dikehendaki biarlah segalanya dimulakan pada waktu yang awal takut nanti tiada masa pada masa akan datang. kajian tindakan ini perlu disiapkan oleh semua pelatih guru sebelum berjaya mendapatkan segulung ijazah perguruan. sekiranya kajian tindakan tidak disiapkan maka tiadalah segulung ijazah untuk mereka walaupun mereka telah menghabiskan tempoh pengajian selama 5 tahun setengah di Institut Pendidikan Guru....ini bermaksud tanpa kajian tindakan maka seorang pelatih guru tidak akan menjadi seorang guru.......

berkenaan tajuk kajian tindakan ini, masih lagi dalam pemikiran saya dimana saya perlu membuat tinjauan dan bacaan kajian tindakan yang telah dibuat oleh orang lain dalam bidang prasekolah....untuk mendapatkan tajuk yang bernas dan dapat diterima oleh pensyarah.....dengan membaca kajian tindakan yang berkaitan insyaalaah ianya memberi satu gambaran yang lebih jelas tentang apa yang perlu ada dalam sesebuah kajian tindakan...yelah, kita sebagai manusia perlu berusaha bukan hanya menunggu sesuatu yang diingini itu jatuh daripada langit sahaja....oklah meungkin setakat ini sahaja coretan buat masa dan detik ini......insyaallah jika dipanjangkan usia dan diberikan sedikit idea untuk meneruskan coretan ini, pasti ku akan menulis lagi di laman cyber ini.....semoga anda semua dalam rahmat dan lindunganNya....Assalamualaikum (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir