“Mereka (perompak) sempat makan kuih raya & air sirap yang terletak di’dapur,” ujar Imuda yang kediaman’nya baru baru ini telah di’pecah masuk oleh pencuri.
Laporan Kosmo! hari ini, rumah Aznil Nawawi yang terletak di Taman Yarl telah dimasuki perompak dan menurut pengacara popular ini, dia telah mengalami kerugian kira-kira RM40,000.
“Saya sangat bersyukur kerana ketika kejadian, anak-anak tidak diapa-apakan, malah mereka langsung tidak menyedari rumah kami sebenarnya sedang dirompak menyebabkan kehilangan barang kemas milik anak dianggarkan bernilai RM1,500,” kata pengacara dan pelakon, Sharifah Shahira Syed Abu Bakar, 38.