'Hantu Kapcai' yang mengetengahkan kisah hantu dan mat rempit berjaya menarik penonton ke pawagam apabila mencatat kutipan sebanyak RM3 juta sepanjang seminggu ditayangkan di pawagam.
Bermula 27 September lalu, filem “Hantu Kapcai” telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Filem berunsurkan aksi komedi arahan Ghaz Abu Bakar ini telah berjaya menambat hati penonton sehingga mendapat kedudukan pertama bagi kutipan Box Office tertinggi minggu ini dan secara tidak langsung mengalahkan filem-filem Hollywood yang sedia ada.
Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kejayaan filem Hantu Kapcai yang mencapai kutipan sebanyak RM2 juta semenjak ia ditayangkan pada Khamis lalu adalah diluar jangkaan.
Dalam sebuah artikel di Berita Harian terbitan Ahad, sumber pawagam ada memberitahu yang Hantu Kapcai sehingga hari semalam telah berjaya mengutip RM2 juta.