'Hantu Kapcai' yang mengetengahkan kisah hantu dan mat rempit berjaya menarik penonton ke pawagam apabila mencatat kutipan sebanyak RM3 juta sepanjang seminggu ditayangkan di pawagam.
Perkara itu disahkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim, ketika dihubungi Sinar Harian.
"Biarpun sekarang sudah ada saingan daripada filem tempatan lain yang memasuki panggung, Hantu Kapcai masih mendapat sambutan penonton.
"Memandangkan pasaran filem sudah tidak menentu sekarang, kami sudah cukup berpuas hati sekiranya Hantu Kapcai memperoleh kutipan sekurang-kurangnya RM3.5 juta," kata Norman.
Berdasarkan sambutan hebat penonton, Norman juga tidak menolak kemungkinan untuk membuat prekuel filem arahan Ghaz Abu Bakar ini.