Rabu lalu telah siarkan kisah seorang murid darjah 1 di Pulau Pinang mempunyai kesan birat menyerupai jari di pipi, dikatakan kerana ditampar guru.
Kejadian ini tersebar di media siber selepas bapa saudara kanak-kanak terbabit memuat naik status berkaitan di laman sosial dengan memberitahu bahawa kanak-kanak terbabit telah dirujuk ke Hospital Pulau Pinang sebelum satu laporan polis dibuat.
Bapa kanak-kanak ini turut tampil di sebuah akhbar tempatan dan mendakwa anaknya ditampar kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
