SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Laporan Murid Ditampar Tidak Benar, Murid Alami Alahan

Laporan Murid Ditampar Tidak Benar, Murid Alami Alahan

Rabu lalu  telah siarkan kisah seorang murid darjah 1 di Pulau Pinang mempunyai kesan birat menyerupai jari di pipi, dikatakan kerana ditampar guru.
Kejadian ini tersebar di media siber selepas bapa saudara kanak-kanak terbabit memuat naik status berkaitan di laman sosial dengan memberitahu bahawa kanak-kanak terbabit telah dirujuk ke Hospital Pulau Pinang sebelum satu laporan polis dibuat.
Bapa kanak-kanak ini turut tampil di sebuah akhbar tempatan dan mendakwa anaknya ditampar kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
996150_1526948317520059_3587265772235171688_n


Bagaimana pun dalam perkembangan terbaru kes ini, seseorang yang mempunyai kaitan dengan sekolah kanak-kanak tersebut mendakwa siasatan pihak sekolah mendapati sebaliknya.
Kesian.. Murid Darjah 1 Ditampar Cikgu Sampai Lekat Kesan Jari
Kesan di pipi murid itu didakwa ada sejak hari Isnin lagi dan sudah hilang semasa laporan polis dibuat ibu bapanya. Manakala murid tersebut dikatakan memang nakal dan dimarahi guru pada hari kejadian kerana berlari dan menumbuk papan putih tapi tak sampai ditampar.
Susulan itu guru yang didakwa menampar murid tersebut dikatakan telah memfail saman malu bagi membersihkan namanya.
Sementara itu seorang lagi pengguna Facebook mendedahkan, kesan di pipi murid itu bukan kerana ditampar tapi disebabkan alergik.
Kesian.. Murid Darjah 1 Ditampar Cikgu Sampai Lekat Kesan Jari
Apa pun, sama-samalah kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan hasil siasatan mereka jika benar kes ini telah dilaporkan. Rasanya itulah jalan terbaik.
Apa pun diharapkan kes sebegini dapat dielakkan pada masa depan. Bila ibu bapa dan pihak sekolah bertelagah yang jadi mangsa adalah murid yang masih mentah dan memerlukan tunjuk ajar untuk jadi manusia berguna. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir