Sengaja kami keluarkan senarai ini kerana kami mahu budak-budak zaman sekarang tahu yang zaman 90-an lebih menarik daripada zaman sekarang yang dibanjiri dengan tablet, ipad dan smartphone. Hanya orang yang melaluinya faham bertapa meriahnya permainan zaman kanak-kanak dulu. Ah, kami rindu kawan kawan sepermainan.
1. Kita suka kumpul pensel tekan-tekan jenama shakers tanpa sebab. Budak yang kumpul paling banyak masa tu pasti akan dilebel orang kaya dalam kelas.

2. Kita suka kumpul pemadam yang ada bendera negara. Tradisi perlawanan pemadam antara 2-5 orang di dalam gelangang ‘Meja’ diamana siapa yang menang akan dapat semua pemadam.

3. Siapa yang memiliki Digimon , anda secara ajaibnya digelar orang paling hensem dan paling popular di sekolah

4. Kereta Tamiya merupakan satu trend ketika itu. Kita akan cari longkang yang panjang untuk dijadikan litar tamiya. Perlumbaan biasanya melibatkan 2-5 orang

5. Kad pokemon juga pernah menjadi trend ketika itu.

6. Walaupun komputer lebih menyeronokkan, tetapi yang pasti kita lagi banyak main yo-yo!

7. Ni game orang kampung selalu main

8. Kita biasa main penutup botol lepas habis kelas

9. Tak lupa juga untuk perempuan, batu seremban kan

10. Dan jangan lupa juga, lepas habis sekolah kita mula cari belalang dan pepatung di belukar. Siapa dapat paling besar , dia paling hebat.
