SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Gambar | Karpal Singh dan Pembantu Maut Kemalangan

Gambar | Karpal Singh dan Pembantu Maut Kemalangan

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan apabila kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya hilang kawalan sebelum melanggar sebuah lori di KM 306.1 Lebuhraya Utara Selatan hala ke utara berdekatan Gua Tempurung, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Koon Soon, pembantu peribadi
kepada Karpal, Michael Cornelius berusia lingkungan 40an turut maut dalam kejadian kira-kira 1.10 pagi itu.

“Pembantu rumah Karpal, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak manakala anak lelaki bekas pemimpin DAP itu, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV C.Selvam, 27, yang merupakan warga India tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut.
“Manakala, pemandu lori yang dikenali sebagai Abu Mansor Mohd, 45, dari Petaling Jaya hanya mengalami cedera ringan manakala dua penumpang kenderaan itu, Nur Azlina Ahmad, 23 dan seorang kanak-kanak perempuan, Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah, 4, dilaporkan tidak cedera,” katanya.
Berdasarkan siasatan polis, Ng berkata, kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa Karpal Singh itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.
Bagaimanapun, kenderaan itu tegasnya dipercayai hilang kawalan apabila tiba di tempat kejadian lalu melanggar bahagian belakang kanan lori Mitsubishi Canter yang sedang bergerak di laluan kiri,” katanya lagi.
Tambahnya, ketika kejadian, Karpal duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu manakala Michael di tempat duduk belakang Karpal.
Lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu pula dipercayai bergerak perlahan kerana membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.
“Akibat rempuhan itu, kenderaan Toyota Alphard berkenaan mengalami rosak teruk di bahagian hadapan sebelah kiri manakala lori rosak di bahagian belakang sebelah kanan.
“Semakan ke atas kenderaan MPV itu juga mendapati, ia mempunyai 29 rekod kesalahan lalu lintas iaitu pandu laju dan 15 saman masih belum dibayar,” katanya.
Menurut Ng, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat manakala pembantu rumah terbabit turut menerima rawatan di hospital sama.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir