SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Gambar - Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri Tetap Mahu Kahwin Walau Ditentang Keluarga

Gambar - Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri Tetap Mahu Kahwin Walau Ditentang Keluarga

Shah Jaszle dan juga tunangnya, Redzwani Puteri tetap mahu meneruskan niat awal mereka untuk mendirikan rumah tangga walaupun pertunangan mereka telah diputuskan oleh kedua-dua belah keluarga.
Shah Jaszle & Tunang
Bercakap kepada mStar, Shah Jaszle memberitahu keputusan untuk memutuskan pertunangan itu adalah dari keluarga bukannya datang dari mereka sendiri.

“Yang bercinta adalah kami, keputusan untuk memutuskan pertunangan itu bukan dari kami tetapi dari kedua-dua belah keluarga”
Bagaimanapun laporan akhbar Jumaat lalu menulis abang kepada Redzwani Puteri, Redzwan Najib telah mengatakan pihak merea telah memutuskan pertunangan tersebut dan telah memulangkan dua belah cincin iaitu cincin belah rotan dan juga cincin berlian pada 10 Jun lalu.
Ujarnya Shah Jaszle lagi, hubungannya dengan Puteri masih sama seperti sebelum ini dan mereka memang tiada masalah.
Untuk menyuarakan hasrat ingin tetap berkahwin, Shah Jaszle dan juga Puteri menanti keadaan kembali reda untuk berbincang mengenai hasrat mereka.
Bagi mereka yang tertanya-tanya perbicaraan kes khalwat Shah Jaszle tetap diteruskan pada November ini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir