SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Gambar - Ibu Bapa Redzwani Puteri Pulangkan Cincin Pertunangan !!!

Gambar - Ibu Bapa Redzwani Puteri Pulangkan Cincin Pertunangan !!!

Masih berkisar tentang Shah Jaszle. Kali ini tentang pertunangannya dengan pelajar jurusan perubatan, Redzwani Puteri Ismail, 25, disahkan sudah berakhir sejak minggu lalu.
Pertunangan Shah Jaszle -1
Perkara ini diberitahu kepada pihak media oleh seorang saudara Redzwani selaku wakil kepada keluarganya.

Hari ini melalui laporan Berita Harian, seorang wakil kepada keluarga Redzwani Putri telah tampil memberitahu yang pertunangan Redzwani dengan Shahz Jaszle telahpun diputuskan 10 hari lepas.
Ianya diputuskan oleh ibu bapa Redzwani sendiri yang berkunjung ke rumah ibu bapa Shahz dan memulangkan dua bentuk cincin iaitu sebentuk cincin belah rotan dan sebentuk cincin berlian.
Wakil keluarga Redzwani itu enggan namanya didedahkan, mendakwa mereka menunggu Shahz sendiri mengumumkan perkara tersebut kepada pihak media dan orang ramai, sebaliknya pelakon itu tidak berbuat demikian.
Oleh sebab itu, dia telah tampil untuk memberikan pengesahan tentang perkara tersebut kepada pihak media.
Wakil keluarga itu turut memberitahu yang dia berbuat demikian kerana mereka sekeluarga enggan nama Redzwani dikaitkan lagi dengan pelakon lelaki tersebut.
Katanya:-
” Jangan ingat Redzwani kuat, sebaliknya dia juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Luaran mungkin dia nampak tabah, namun dalamannya tidak. Sejak kes tangkap khalwat itu, dia suka menyendiri, dan apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Shahz, dia akan menangis. Jadi saya berharap dia tidak akan diganggu lagi selepas ini supaya tumpuannya kepada pelajaran tidak terjejas,”
Wanita itu juga melahirkan kekecewaannya terhadap Shahz kerana memberitahu kepada pasangan yang ditangkap khalwat dengannya yang dia bertunang atas paksaan keluarga.
Shah Jaszle dan puteri
Kenyataan ini disebarkan atas alasan, tidak mahu lagi Redzwani dikaitkan dengan pelakon ini kerada gadis itu sudah cukup tertekan.
Difahamkan, keluarga Redzwani yang sudah memulangkan cincin tunang kepada Shah Jaszle membuat keputusan ini setelah meneliti kenyataan Shah kepada JAIS bahawa pertunangannya dengan Redzwani terjalin demi memenuhi kehendak keluarga semata-mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir