Sepanjang minggu ini, pengikut dunia hiburan tempatan mungkin akan mabuk dengan cerita Sharizal Jaszle. Hal ini kerana setiap hari, ada sahaja ‘drama’ baru tersiar.
Jika semalam keluarga Redzwani Puteri mendakwa ikatan pertunangan dengan Sharizal Jaszle sudah diputuskan namun ibu Redzwani tampil membuat penafian sebelah petangnya, hari ini keluar cerita lain.
Abang sulung Redzwani, Redzwan Najib menerusi akhbar Berita Harian menegaskan ikatan pertunangan adiknya dengan Sharizal memang sudah putus dan tak mungkin bertaut semula.
Mengikut kenyataannya, keputusan itu lebih banyak didokong oleh bapa mereka yang pergi sendiri ke JAIS dan membaca kenyataan Shah kepada pihak jabatan agama.
Tambah Redzwan, Shah memang seboleh-bolehnya meminta keluarga mereka merahsiakan perkara ini namun mereka sekeluarga sudah sepakat tidak mahu hubungan itu dipulihkan.
Menyentuh bagaimana adiknya boleh mengepos status di Twitter membayangkan seolah-olah dia masih bersama Sharizal, Redzwan mendakwa perbuatan itu adalah kerja Sharizal Jaszle sendiri yang mempunyai password akaun Twitter Redzwani.