SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Gambar - Pierre Andre Berlatih Lafaz Akad Nikah Setiap Malam

Gambar - Pierre Andre Berlatih Lafaz Akad Nikah Setiap Malam

Gara-gara terlalu berdebar untuk bergelar suami pada hujung minggu ini, pelakon serta pengarah, Pierre Andre mengakui berlatih hampir setiap malam untuk menghafal lafaz akad bagi melancarkan proses akad nikahnya nanti.



Pierre ketika ditemui pada majlis sidang media drama ‘Dewi Lasak’ di Sri Pentas 3, Bandar Utama, pada petang Khamis turut mengakui berasa teruja untuk diijabkabul bersama dengan pasangannya, Siti Nur Hidayah Hashim yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.


“Saya rasa berdebar menjelang majlis akad nikah Ahad ini. Saya sanggup tak makan nasi lebih daripada sebulan semata-mata mahu menjaga bentuk badan saya. Saya juga rasa seronok dan tak sabar nak menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami. Ini memang impian saya sejak dari dulu dan tidak lama lagi, cita-cita saya ini akan tercapai.,” ujar Pierre sambil memberitahu  segala persiapan berjalan dengan lancar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir