tahniah diucapkan kepada pelakon Jehan Miskin yang bakal bernikah pada Sabtu ini bersama seorang Gadis yang berasal dari Korea.
Telah berkenalan selama lima tahun, Jehan bijak di dalam merahsiakan perihal hubungan yang terjalin lama itu.
Menurut Jehan, gadis tersebut telah menetap di Malaysia namun ahli keluarganya sahaja yang masih tinggal di sana (Korea).
“Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya.
“Saya akan ceritakan segalanya nanti selepas selesai majlis pernikahan,” ujarnya.
Majlis yang bakal di adakan serba ringkas di Carcosa Seri Negara, hanya 100 tetamu dijemput termasuk keluarga dan teman rapat.
Ujar Jehan lagi, majlis persandingan akan dilakukan serentak bagi kedua-dua belah pihak dan kakak dan ibu Jehan yang menetap di Amerika Syarikat turut diterbangkan untuk meraikan hari bersejarah itu nanti.